Thursday, December 3, 2009

Alhamdulillah...
he start reading...
and learn something from the book...

terharu...

Wednesday, December 2, 2009

aku lalu kat pintu tue...
aku nampak dua biji mata sedang tengok aku...
nak senyum ke idak ni?!...
malu ar beb dia tengok camtue...
suddently the boss call him....
laaaa boss panggil pun still buat tak tahu gak ke?
ish2 matanya masih tengok aku lagi?....
astagaaaaaaa....
sebelum orang lain semua perasan apa yg sedang dia buat tue...
aku cepat2 merambus dari situ....

woiii mamat apesal ko tengok aku camtue hah!... sikit2 udah lah... ni macam nak telan!!... ngeriii si0t!!...

Friday, November 27, 2009

takdirNya temukan kita... bab 2

SUATU PETANG… ketika aku sedang menziarahi Hasra sekeluarga pada bulan Ramadhan… Harsa merupakan sepupu aku yang rapat denganku diantara sepupu2 ku yang lain didalam keluarga sebelah mamaku dan kami membesar bersama2… ketika sedang leka berbual diruang tamu rumahnya… tiba2 terpacul saja soalan tentang aku dari mulut ibunya…
“akak ko takde pakwe ke?...” tanya Ibu Hasra padaku…
“entahlah… kawan2 biasa tue adalah…” jawabku selamba… sudah terbiasa dengan soala2 seperti itu…
“cepatlah cari… jangalah memilih sangat… nak Bik Jom cari kan?..” balasnya lagi…
“cari? Bukannya tak cari cuma jodoh jer belum sampai… memilih sgt tue idaklah tapi sikap mereka yang membuat aku jadi memilih… nak carikan? Hahaha…”
“aah… Ca, ko takde ke kawan2 yang belum kawen…” mama tiba2 menyampuk yang sedari tadi diam…
“haaa ok gak tue kalau ada…” kataku selamba…
“ermm adalah sorang tue… nantilah aku kenalkan…” jawabnya…
“ ehehe ada ke… budak mana?...”
“Radzi, budak Perak…”
“alahaiii budak Perak ke?...”
“laaa tapi knapa pula?...”
“banyak betul kita nak kumpul sedara kat Perak ehh… tapi takpelah… ok jer… kita kawan2 dulu mane tahu bleh ngam ken anti kan… ehehe…” balasku lagi…

Hari terus berlalu… silih berganti hari hingga aku sendiri terlupa tentang lelaki yang Hasra ingin kenalkan padaku sehinggalah di pagi Syawal bila kami sekeluarga berkumpul dan beraya bersama2 dan Hasra mengingatkan aku tentang Radzi…
“Ehhh aku dah bagi no handphone ko kat Radzi tau… dia ada tepon tak?...”
“ye ker?... yahoOooooOOOO….” Suaraku sedikit menjerit… aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku berkelakuan sedemikian… tiba2 mama menegur…
“haa apa kena plak tue?...”
“hehehe takde pape… nantilah kita cite…” jawabku tersengeh2… malu bila ditegur mama begitu… dalam hati “haa anti dia nak kenal mesti dia call takpun dia message kan?...” kata hatiku yang girang dan aku terus saja melupakan lelaki itu lagi….

Hari itu seharian aku dan keluarga beraya dan menziarahi sanak saudara yang berada di Sungai Buloh… sedang leka memandu…
RING… RING…RING… handphone aku berbunyi minta diangkat… nombor seperti tidak dikenali tapi pantas saja aku menekap handphone ke telingaku…
“hello…”
“hello… tue sapa?...” sapa seorang lelaki dihujung talian…
“ehh u yang tepon takkan tak tahu nak cakap ngan sape?....” jawabku pantas…
“ni liza ke?...”
“hah! Bukan lah… salah orang lah… oklah…” aku terus mematikan talian… terus memberikan tumpuan pada pemanduan tapi sekali lagi deringan handphoneku berbunyi dari nombor yang sama…
“heiii!!! Awak tak faham lagi ke… mana ada liza kat sini!!!...”
“KLIK…”
Hati aku benar2 mendongkol… geram dengan sikap lelaki yang tak faham bahasa melayu itu… tiba2 aku terfikir lelaki yang Hasra ingin kenalkan padaku itu… “alamak kalau dia tadi macamana?... aku dah marahkan dia ni? Ala2 salah dia juga… sapa suruh nak mengayat macam tue…” gerutu hatiku membuat andaian sendiri… aku terus membiarkan panggilan sesat itu tidak berjawab… akhirnya dia diam sendiri…

Lima belas minit memandu akhirnya aku sampai dirumah teres kepunyaan keluarga kami yang dibeli oleh abah 15 tahun dulu sewaktu usiaku menjangkau 12 tahun… aku terus membersihkan diri dan merebahkan diri ke atas katil, kucapai buku yang belum habisku baca… AKU TERIMA NIKAHNYA penulisan Hasrizal Abdul Jamil… penulis melihat perkhawinan itu sebagai medan untuk memberi dan akan menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan dan bukannya hak yang tidak berkesudahan… memang menarik dan kagun dengan penulisannya… ringkas dan mudah difahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis… Ya, tentang konsep perkhawinan pada mereka yang berhajat dan amat penting dalam pembentukan peribadi dan perilaku seseorang muslim… kalau tidak masakan Rasulullah S.A.W berpesan bahawa perkahwinan itu pelengkap separuh iman kita kepada Allah?...
“ohh jodoh, bila agaknya kamu ingin menemuiku?...” aku bertanya sendiri dalam hati sambil tersenyum…

Malam semakin dingin, jam di dinding telah menujukkan jam 1pagi… buku yang aku baca hamper ke bab yang terakhir… mata aku pun sudah tidak tahan lagi, mengantuk dan tidak berdaya untuk meneruskan bacaanku… akhirnya aku terlena hingga ke pagi…

Wednesday, November 25, 2009

takdirNya temukan kita... bab 1

HARI ITU SEPERTI YANG DIJANJIKAN.... Jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi, aku sudah pun berada di One Utama dan masih lagi berlegar2 mencari kawasan tempat meletak kereta yang ada disitu. Kebetulan pakir masih banyak yang kosong dan mungkin juga kerana hari masih lagi pagi waktu itu... Aku terus memakir kereta kelisaku berdekatan dengan pintu masuk...

Aku terus keluar dari perut kelisa kesayanganku dan mengunci keretaku itu sambil memeriksa handphone yang ada ditangan...
"Alahaii emergency call only..." bisik hatiku...
"Huh mesti Radzi cuba call ni..." bisik hatiku lagi...

Langkah diayun pantas terus berjalan menuju ke dalam bangunan untuk mendapatkan liputan yang lebih bagus supaya tidak nanti masing2 tercari2 sesama sendiri... Handphone aku tiba tiba berdering, dilihatnya seperti nombor yang tidak dikenali sedang menghubungiku dan aku cuba menjawab panggilan itu...
"hello Ha, nie kak Ca lah..." beritahu Hasra dihujung talian....
"laa ingatkan sapa tadi..." jawabku...
"tadi Radzi call aku... dia sesatlah..."
"hah dia sesat?..."
"haa... agaknya dia ada call ko tapi susah dpt... aku call ni pun dah berkali2 aku try dail..."
"phone tengah emergency call lah tadi... takpe nanti aku call dia..." jawabku dan terus mematikan talian...

Pantas saja jemariku mendail nombor handphone Radzi diwaktu tue... taliannya diangkat...
"ello... u kat mana ni?.. Harsa bagitau u sesat?..." soalku
"entahlah I dekat TTDI ni kot dekat dengan dengan shell... BP punya station..." jawabnya
"BP?..Shell?...ermm I tak pastilah kat mana tue...tak boleh nak bayangkan tempatnya..."
"takpe2 nanti I cari sampai dpt... I dah tanya orang2 kat sini..."
"haa ok dah sampai call yea... babaii..."
"byee.."
Aku sememangnya tidak tahu dimana Radzi sedang berada sewaktu aku menelefonnya dan aku berharap dia segera menemui jalan yang sepatutnya dia lalui dan tidak sesat lagi...Mengikut perancangan asal, kami sepatutnya bertemu di Mid Valley untuk pertemuan pertama ini tapi rancangan itu ditukar Radzi sehari sebelum kami bertemu... dan orang yang paling gembira waktu itu adalah aku... bukan aku tidak suka, cuma aku akan menjejakkan kakiku kesana bila ada sesuatu yang aku perlukan... lagipun terlalu ramai dengan umat manusia disitu... kesibukkan disana yang membuat aku rimas...

Dua bola mata kami akhirnya bertemu dan itulah kali pertama aku melihat Radzi yang baru saja aku kenali tidak sampai pun dua minggu... Aku pandang lelaki didepanku ini, seorang lelaki yang simple, wajahnya nampak serius tapi manis dipandang dan sifat mudah mesranya pasti memikat sesiapa saja bila mengenali dia... sememangnya tiada langsung getaran dihati bila pertama kali melihat dia, seolah olah seperti sudah mengenalinya sebelum ini...
"kenapa aku tak nervous eh?..." hati kecilku berdetik.... aku membiarkan persoalan itu tidak berjawab dan berlalu begitu saja....

kami pun terus melangkah seiringan... melangkah tanpa tujuan dan membiarkan kaki kami meninggalkan tapak tapaknya dilantai OU...
"Welcome to OU... camnilah tempatnya... ehehe..." kataku pada Radzi...
"Ermm... So kita nak buat apa ni?... nak buat aktiviti biasa2 ke gila2?..." Radzi bertanya kepadaku...
"aktiviti biasa2... gila2... mcmana tue?..." aku bertanya pula padanya...
"aktiviti yang best, mcm main game ke?..."
"macam tahu2 jer tempat ni ada game...."
"mestilah nama pun shopping mall... mesti ada kan?.."
"hehe ada, tapi kat area sana..." sambil tangan aku menunjukkan di mana tempatnya... Kami meneruskan langkah sambil melihat kedai2 yang berada dikanan dan kiri kami... sepi seribu bahasa, hanya mata saja liar memandang sekeliling...

Sewaktu menuruni escalator "Erm macamana dah jumpa i ni?..." tanyaku memecah kesunyian...
"mcm biasa... serupa macam dalam gamba... u macamana?..."
"U tak samalah macam dalam gamba yang I dapat tue..."
"abis tue you suka yg mana?..." tanya Radzi padaku...
"mestilah yg dalam gamba... hahaha" kataku berseloroh... dia hanya tersenyum memandangku dan aku membalasnya...
"Jom masuk kedai ni... kalau u nak beli apa2 ke?..." aku mengajak Radzi ke butik Padini yang berada disitu...
"boleh juga kalau ada yg menarik..."
tangan aku ligat membelek baju baju yang dijual disitu... begitu juga dengan Radzi, pelbagai warna, corak mahupun design... semuanya yang terbaru dan terkini dipasaran...
"baju ni lawa tak?..." tanyaku...
"I dah ada baju ni.... yang ni pun I dah ada... yang tu pun sama... dah ada juga..."
"wahh selalu shopping ke nie?..."
"tiap2 bulan mesti beli sepasang dua..." katanya padaku...
aku hanya mengangguk anggukkan kepalaku bila Radzi memberitahu aku tentang itu....

Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, dari Padini ke G2000... dari situ pula kami singgah ke Pakson... Radzi mencuba setiap helaian baju yang ada disitu dan akhirnya dia memilih dua helai baju dari baju2 yang dia dicuba.. Biru gelap dan Ungu memang sesuai dengan Radzi yang berkulit hitam manis itu... nampak menarik! dan itu merupakan kali pertama aku menemani seorang lelaki yang baru aku kenali untuk bershopping bersama sama... pengalaman yang ada sewaktu bershopping dengan adik adikku tidak membuatkan aku berasa kekok untuk menemaninya malah aku senang melayannya dan memberi pendapat tentang baju2 yang dicubanya...
"so baju dah dapat... nak buat apa lepas ni?..." tanyaku...
"kita pegi makan lah...dah pukul 12 lebih pun ni..."

Tengahari itu, kami menikmati makanan bersama di Arena Food Court One Utama... Orang pun tidaklah begitu ramai disitu, masih banyak tempat tempat yang masih kosong... dan kami memilih disatu sudut yang lebih terbuka untuk menjamu hidangan yang kami pilih... Agak lama kami menghabiskan masa berdua disitu... menceritakan tentang hal masing masing... sedikit sebanyak aku dapat mengetahui tentang dirinya.. hampir banyak persamaan cuma bezanya kami, aku sangat gemarkan coklat tapi tidak pula pada dia...

"perut pun dah kenyang... apa kita nak buat lepas nie?..."
"entah ikut u lah... I tak kisah..." balasku...
"jom kita try main snooker nak?..." Radzi memberi idea...
"haa ok gak tue... lgpun tak pernah main..."
kami terus menuju naik ke tingkat 4... tempat dimana terletaknya permainan snooker tersebut... memang menarik walaupun itu hanya pengalaman pertama aku mencuba bermain snooker... nampak mudah tapi sebenarnya agak sukar untuk dimainkan... kayu kiu yang diacukan pada bola perlu tepat dengan kedudukan bola yang hendak dimasukkan kedalam poket meja... walaupun aku agak kekok, malu, aku berjaya juga masukkan sebiji bola ke dalam poket dan selebihnya dihabiskan oleh Radzi... biasalah orang lelaki memang hebat bermain snooker...

Hampir sehari suntuk kami berada di One Utama... habis semua tempat yang kami ronda.... akhirnya aku segaja mengajak Radzi keluar dari situ dan memberi cadangan untuk bersiar siar dengan menaiki kereta dan dia bersetuju... Kereta Waja berwarna kelabu dipandu Radzi keluar dari perut bangunan One Utama menuju ke Bandaraya Kuala Lumpur... Dari Jalan Sultan Ismail kami terus melalui jalan dihadapan KLCC... tersergam indah mercu kebanggaan rakyat Malaysia itu... dari situ kami terus menuju ke Ampang dan menuju ke Ulu Langat dan akhirnya kami berpatah balik semula ke pusat bandar... sempat juga kami singgah sebentar di Bukit Ampang kononnya ingin melihat keindahan Kota Kuala Lumpur diatas bukit itu tapi hari masih lagi cerah... tiada apa yang menarik disitu... kami terus beredar dari situ... dan Radzi terus memecut laju kereta kepunyaanya... sesekali mataku nakal melihat dia di sisi... diam, setia dengan pemanduannya...
"kenapa senyap jer ni?..." tanyaku pada Radzi... dia hanya tersenyum memandangku...
"janganlah diam... say something..." kataku lagi dan sebenarnya aku sendiri pun tidak tahu apa yang mahu dibualkan...
"u nak tak ikut I balik kg tak?..." tiba2 Radzi bertanya...
"balik kg?... hehe itu kena tanya mama lah... minta izin dulu..." balasku... masuk kali ni dah dua kali dia bertanyakan soalan yang satu ini... aku sendiri pun tidak pasti kenapa dia bertanya begitu... "kenapa yea?" soal hatiku...

Sebelum pulang, kami singgah sebentar di Keluang Station di IKANO untuk menikmati minuman petang... petang itu aku hanya memesan roti bakar dan air bandung manakala Radzi lebih gemarkan Bihun goreng dan Teh O sejuk... sesekali kami ketawa... sesekali kami tersenyum2... sesekali mata kami ligat berlegar melihat kerenah orang2 disekeliling...kemudian kami beredar dan Radzi terus menghantar ku menuju ke tempat meletak keretaku....sempatku katakan pada Radzi...
"Thanks for everything..."
"aik takkan terima kasih jer..." tanya Radzi bergurau...
"ermm... I love youuu... ehehe..." sengaja sakatnya dengan kata2 itu...
"hehehe..." Radzi tersengeh2... mungkin terkejut bila kata2 itu yang keluar dari mulutku...

Aku menekan punat kunci kereta kelisaku dan terus membuka pintu kemudian bergerak meninggalkan One Utama menuju kerumah... dan kami berpisah dengan memandu kereta masing2...

Tuesday, November 24, 2009

Timing tak baguslah hari ni....
bukan dia yang terima bungkusan itu tapi orang lain...

arrrr tak bestnyeeeeeeeeeeeeeeee....