Friday, April 24, 2009

DIRIMU ADAM DAN HAWA...

لقد خلقنا الإنسان فى أحسن تقويم (4) ثمّ رددناه أسفل سافلين(5) إلا الذين آمنوا وعملوا الصالحات (فلهم أجر غير ممنون(6
Firman ALLAH SWT:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus”(Surah At-Tin ayat 4,5dan 6)

Ulasan Hadis :
Ciptaan ALLAH terlalu indah dan mempersonakan, tiada sebarang kecacatan dan kekurangan, jika kekurangan yang di dapati itu hanya pada pandangan mata kita sebagai manusia yang sentiasa tidak pernah puas, namun disebaliknya ada tersirat beribu kebaikkan dan hikmah.

Lelaki dan perempuan mempunyai tingkatan dan kelebihan masing-masing. Kedua-duanya layak menempati tempat yang mulia di sisi ALLAH jika taqwa membaluti hati dan jiwa.

Sesungguhnya mulianya seorang lelaki ialah apabila keimanannya telah mengatasi segala kehendak nafsunya, begitulah juga bagi seorang perempuan, walaupun ianya tidak sehebat lelaki pada zahirnya namun hatinya boleh menjangkau tahap keimanan yang luar biasa seperti lelaki juga. Namun untuk mencapai tahap dan darjat setinggi itu bukanlah sesuatu yang berat dan tidaklah seringgan yang di sangka. Tetapi awas, bila tersasar sedikit maka jalan ke neraka itu lebih singkat untuknya, NAUZUBILLAH, jika berjaga-jaga maka masuklah dengan sekehendak hati pada pintu SYURGA mana sahaja yang diingini.

Lelaki mukmin dan perempuan mukminah akan sempurna ketaqwaannya jika ianya dapat menjaga segala perintah ALLAH dan laranganNya. Namun ada sesuatu yang lebih khusus dan sering dilupakan setelah mereka berjaya menuruti perintah dan larangan ALLAH.

Bagi lelaki perkara yang perlu berhati-hati ialah, fitnah perempuan, kaum Adam adalah seorang yang tepat hatinya dan sempurna keimanannya, luas fikirannya, jiwanya yang gagah lagi berkuasa penuh, namun sering juga terbabas keimanannya apabila teralih sedikit pandangan hawanya terhadap perempuan, maka akan hilanglah segala kemanisan iman yang dikecapi mengikut kadar hawanya, dan apabila dapat ditahan walaupun payah, berusaha mengelak diri nescaya ALLAH akan menggantikannya dengan kemanisan iman solatnya. SUBHANALLAH, bersegeralah beristigfar jika berlaku kemungkaran walaupun sedikit. Apalah yang ada pada sedikit keindahan sang perempuan jika nak dibandingkan dengan kemanisan iman dikala kita dapat merasa nikmat solat dihadapanNYA wahai orang-orang mukmin...

Bagi perempuan pula, perkara yang wajib dijaga ialah, auratnya, diri dan hati perempuan tersimpan segala keindahan yang tiada nilai walaupun seisi dunia, akan tetapi sayangnya kaum hawa sering tertipu di dalam keindahan yang dimiliki, sesuatu yang berharga sudah bertukar menjadi murah jika selain muka dan tapak tangan dihiasi oleh hiasan syaitan, sedangkan syurga buat wanita sudah terlihat di hadapan mata, andai terjaga hanya untuk yang hak maka masuklah ia terus ke dalam syurganya. Apakah kita tidak mahu menjadi suri syurga yang abadi? apalah ada pada keindahan kita yang sedikit di dunia sementara ini, jika nak dibandingkan dengan keindahan yang lebih lagi di Syurga nanti, wahai saudari yang mukminah..SUBHANALLAH..

Lelaki dan perempuan hendaklah menjaga diri masing-masing daripada terkena tipuan nafsu dan syaitan. Andai kaum Adam dan Hawa sama-sama membimbing diri maka selamatlah iman kedua-duanya. Ingatlah, api dunia sudah tidak termampu kita tahan, bagaimanalah neraka ALLAH...