Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

SmufingLOve Sausage Egg...

Hehehe pagi tadi aku buatkan breakfast untuk hubby sosaj yang aku bentukkan menjadi LOve so I call that as "SmufingLOve Sausage Egg"

nama tu aku yang bagi ok... jgn tiru2... hahaha
sebab orang sebarkan resipi tue hanya tulis "hot dog bermata kerbau"
hahahaha kelakar jer bunyinya kan?...
tapi memang good idea orang yang cipta resipi tue... barulah nak makan pun berselera kan? ehehe... lagipun resipi ni memang senang sangat2 nak buat... tue yang try pagi tadi... hahaha menjadi plak tue kan...

nah amik resipinya
10 batang sosaj
2 biji telur ayam
garam
minyak untuk mengoreng
lidi pencungkil gigi

Cara membuatnya
setiap sosaj itu dibelah tengah2 dan tinggalkan sedikit hujungnya supaya still melekat... bentukkan menjadi LOVE dan cucuk pencungkil gigi dihujungnya... kemudian, telur ayam tadi di pukul dan diletakkan secubit garam... panaskan kuali leper dan letakkan sedikit minyak... letak kesemua sosaj yang dibentuk tadi kedalam kuali... dan curahkan telur di tengah2... goreng sehingga masak dan bolehlah diangkat dan dihidang...(sebenarnya telur yang digunakan adalah telur puyuh, tapi mana nak carikan pagi2 buta, so gantikanlah dengan telur ayam...)

"nyum nyum..thanks sayang..hehe..Sume org nak tgk time abg bukak td..sume org puji ayang..hehehe.. :-*"

** sori, aku tak ambil gamba sosaj yg aku masak, tapi aku copy paste gamba dlm email tue, dah tengok gamba confirm boleh buat kan? hehehe

Friday, August 5, 2011

Kicap Daging...

Hari ni aku nak share resipi Daging Kicap pulak... lauk yang aku buat untuk berbuka puasa petang semalam...
sedap tau! hahaha
ye ker jaja oii?.... try dulu ok!

Bahan2nya
15 keping daging (dah potong nipis2)
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar (utk dihiris)
2 biji cili hijau (utk dihiris)
10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah lebih)
1 inci halia (mcm besar ibu jari)
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
2-3 sudu besar kicap pekat (kalau nak lebih boleh letak lebih)
1 keping asam keping
Air untuk kuah
garam, gula dan ajinamoto secukupnya
minyak untuk menumis

Cara membuatnya
1. Blander bawang merah, putih, halia, cili api dan kicap pekat
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak utk menumis...
3. masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga utk ditumis... kemudian masukan bahan2 yang telah diblander... tumis sehingga naik bau
4. masukkan daging dan digaul rata...
5. masukkan garam dan ajinamoto secukupnya...
6. kemudian masukkan air dan masak sehingga daging menjadi empuk dan kuah kelihatan pekat..
7. bolehlah masukkan sedikit gula dan asam keping serta cili dan bawang yg telah dihiris... gaul rata...
8. sedia utk dihidangkan...

Nota : sila keluarkan asam keping dengan segera, supaya kuah kicap anda tidak merasa masam... dan resepi ini tidak mengunakan lada hitam.

senang jer kan? oklah bagi orang2 yang baru berkhawin... masak yang mudah2 tapi enak!! Selamat Mencuba...

Thursday, August 4, 2011

Sambal Sotong Kembang...

Bahan2nya
1. ekor sotong kembang kecil
1 genggam cili kering
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
garam dan sebuk perasa
minyak untuk menumis
air

Cara memasaknya
1. potong dadu sotong kembang tersebut dan basuh
2. masukkan sotong kedalam kuali dan untuk keringkan airnya dan masukkan sedikit garam...
3. bila sotong nampak mengecut dan airnya pun kering bolehlah diangkat
4. cili kering tersebut direbus dahulu sebelum diblander bersama2 bawang merah dan putih
5. masukkan minyak utk menumis dan masukkan bahan yang telah diblander
6. masak hingga naik minyak dan masukkan sotong... gaul sehingga rata
7. masukkan sedikit garam dan sebuk perasa berserta sedikit air dan masak sehingga masak
8. boleh diangkat dan dihidangkan

Tujuan sotong itu dikeringkan airnya bersama garam adalah supaya sotong tersebut rasa sedikit masin... kalau kita nak tunggu sotong ni masin didalam sambal memang akan mengambil masa yg lama... sometimes sotong tersebut tak masin pun hanya sambal yg terlebih masin jadinya... tak best lorrr!!! huhuhu...

resepi ini mmg lazat!! terbukti sebab hubby makan banyak... hahaha lagi2 dia buat cicah dengan murtabak yg di beli dipasar Ramadhan petang semalam... nyam2 selamat mencuba ok!....

Shepherd Pie...

Resepi ni aku cuba buat untuk buka puasa petang semalam... dapat dari officemate, memang sedap!!... cubalah

Bahan bahan
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 biji bawang putih (dihiris nipis)
1 sudu sos lada hitam
1 sudu sos tiram
1 bungkus daging kisar jenama Ramly
sedikit garam dan serbuk perasa (jika tidak masin sbb sos tiram sudah masin yer...)
3 keping cheddar cheese
2-3 sudu besar minyak untuk menumis
3-4 biji kentang direbus
1 sudu butter
1 cawan fresh milk

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 hirisan... goreng hingga kekuningan
2. kemudian masukkan sos lada hitam, sos tiram...
3. masukkan daging dan gaul hingga sebati...
4. daging itu akan mengeluarkan air, masak daging hingga airnya kering
5. jika kurang masin bolehlah ditambah dengan garam dan serbuk perasa
6. kentang yang telah direbus hendaklah di lenyekkan bersama butter dan secawan susu
7. masukkan daging dlm tempat pembakar ratakan...
8. letakkan kentang lenyek tadi diatas daging dan ratakan...
9. last sekali letaklah cheddar cheese diatasnya dan masukkan kedalam oven utk dibakar...
10. bakar sehingga cheese cair dan bolehlah dihidang...

kalau jadi, nanti hantar sepotong kat aku tau! hehehe.... selamat mencuba

Kari ayam...

Hari ni aku nak share resepi Kari Ayam yang aku masak tanpa mengunakan santan sebab Selasa lepas hubby request nak makan kari ayam dengan nasi impit... ehehe
Resepi ni sesuai utk makan berdua... Let check...

Bahan bahan
4 ketul peha ayam
1 biji kentang (dipotong dadu)
2 biji bawang besar
1 biji bawang besar (utk dihiris)
2 biji bawang putih
1 halia (dipotong sebesar ibu jari)
1 batang kulit kayu manis (tak kira besar mana pun)
2 keping bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil campuran rempah (aku tak tahu apa nama2 rempah yg ada tp memang ada dijual dikedai)
1 peket serbuk kari daging (aku guna dlm 2 1/2 sudu besar)
1 1/2 sudu besar serbuk cili
2 keping asam keping
garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
air

Caranya
1. Blander bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari, serbuk cili
2. tumis rempah campuran bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau kemudian masukkan bawang besar yang dihiris...
3. bila bawang nampak kekuningan, masukkan bahan yang telah di blander kedalam periuk... gaul rata hingga bahan sebati dan naik minyak
4. masukkan ayam tadi dan gaul beserta garam dan serbuk perasa...
5. masukkan air anggaran ikut kedudukan ayam atau lebih sedikit...
6. masukkan kentang dan gaul sebati...
7. tutup periuk dan biarkan kentang dan ayam betul2 empuk...
8. masukkan asam keping dan gaul....
9. tutup api dan siap untuk dihidang...

sila keluarkan asam keping tadi, jgn dibiarkan lama nanti kari anda menjadi masam tak sedap plak kan... ehehehe tapi paling best bila hubby kata "Ermm sedap kari ayang masak ne..." fuhhhh lega!! sebab sedap... bulan puasa ni susah sikit nak rasa2 so masak memang banyak ikut hati...

Selamat mencuba...

Tuesday, June 21, 2011

Ketiau Sup Ikan Bilis...

Okey, blog aku pun dah chumel ne kan... barulah semangat nak tulis blog hari2.. hehehe yeker?! yelahh kalau rajin dan ada idea nak tulis... hohoho... Balik office hari ne plan nak masak dinner utk hubby "Ketiau Sup Ikan Bilis"... enak tak agak2nye? mestilah... nak try jugak tak?!... okey, let check the ingredient untuk buat menu ne... pandai2lah budget utk nak makan berapa orang... macam aku, dua orang jer nak makan...

Bahan A
1 bungkus ketiau
2-3 sudu Kicap manis
1 sudu besar minyak masak

Bahan B
1 bungkus fish ball
1 bungkus fish cake
Sayur taugeh dicelur
Daun Bawang & Daun Sup untuk hiasan (dipotong halus)
Bawang goreng
Minyak masak untuk mengoreng

Bahan C
1 1/2 kuib ikan bilis
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 sudu besar chili kering yang telah diblander
Air
Cili Sos
minyak masak untuk menumis

Bahan D
15-20 biji cili api
10 biji limau kasturi
kicap manis
gula
minyak untuk mengoreng

Cara2nya...
Untuk bahan A
1. panaskan kuali...
2. masukkan minyak masak
3. masukkan ketiau bersama kicap manis...
4. gaul sehingga ketiau tersebut melekat diantara satu sama lain dan bolehlah diangkat sebab dah masak...

Untuk bahan B
1. panaskan kuali
2. masukkan minyak masak untuk mengoreng
3. fishcake dan fishball hendaklah dipotong dadu dan digoreng... setelah kekuningan bolehlah diangkat
4. taugeh hendaklah dicelur...

Untuk bahan C
1. Blander kesemua bahan2 C
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menumis
3. masukkan bahan2 yang telah diblander... masak hingga keemasan
4. masukkan cube ikan bilis
5. masukkan air mengikut selera...kalau nak banyak letaklah lebih air, tapi kena pastikan bahan yang diblander tue sesuai dengan banyaknya kuah nanti cair jer tak sedap plak kan... hehehe

Untuk bahan D
1. Panaskan kuali dan minyak
2. masukkan cili api... sewaktu mengoreng kuali hendaklah sentiasa ditutup untuk mengelakkan cili api itu terpercik kena ke muka... adoiiii!!!... cili tersebut akan masak setelah kuali anda menjadi senyap so bolehlah angkat..
3. tumbuk cili sehingga lumat bersama2 dengan gula
4. perahkan limau kasturi
5. masukkan kicap manis dan secubit perasa
6. digaul rata (sila rasa : mesti cukup rasa manis, masam dan pedas)

Setelah siap bolehlah menikmati hidangan...
Selamat Mencuba :)