Tuesday, June 21, 2011

Ketiau Sup Ikan Bilis...

Okey, blog aku pun dah chumel ne kan... barulah semangat nak tulis blog hari2.. hehehe yeker?! yelahh kalau rajin dan ada idea nak tulis... hohoho... Balik office hari ne plan nak masak dinner utk hubby "Ketiau Sup Ikan Bilis"... enak tak agak2nye? mestilah... nak try jugak tak?!... okey, let check the ingredient untuk buat menu ne... pandai2lah budget utk nak makan berapa orang... macam aku, dua orang jer nak makan...

Bahan A
1 bungkus ketiau
2-3 sudu Kicap manis
1 sudu besar minyak masak

Bahan B
1 bungkus fish ball
1 bungkus fish cake
Sayur taugeh dicelur
Daun Bawang & Daun Sup untuk hiasan (dipotong halus)
Bawang goreng
Minyak masak untuk mengoreng

Bahan C
1 1/2 kuib ikan bilis
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 sudu besar chili kering yang telah diblander
Air
Cili Sos
minyak masak untuk menumis

Bahan D
15-20 biji cili api
10 biji limau kasturi
kicap manis
gula
minyak untuk mengoreng

Cara2nya...
Untuk bahan A
1. panaskan kuali...
2. masukkan minyak masak
3. masukkan ketiau bersama kicap manis...
4. gaul sehingga ketiau tersebut melekat diantara satu sama lain dan bolehlah diangkat sebab dah masak...

Untuk bahan B
1. panaskan kuali
2. masukkan minyak masak untuk mengoreng
3. fishcake dan fishball hendaklah dipotong dadu dan digoreng... setelah kekuningan bolehlah diangkat
4. taugeh hendaklah dicelur...

Untuk bahan C
1. Blander kesemua bahan2 C
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menumis
3. masukkan bahan2 yang telah diblander... masak hingga keemasan
4. masukkan cube ikan bilis
5. masukkan air mengikut selera...kalau nak banyak letaklah lebih air, tapi kena pastikan bahan yang diblander tue sesuai dengan banyaknya kuah nanti cair jer tak sedap plak kan... hehehe

Untuk bahan D
1. Panaskan kuali dan minyak
2. masukkan cili api... sewaktu mengoreng kuali hendaklah sentiasa ditutup untuk mengelakkan cili api itu terpercik kena ke muka... adoiiii!!!... cili tersebut akan masak setelah kuali anda menjadi senyap so bolehlah angkat..
3. tumbuk cili sehingga lumat bersama2 dengan gula
4. perahkan limau kasturi
5. masukkan kicap manis dan secubit perasa
6. digaul rata (sila rasa : mesti cukup rasa manis, masam dan pedas)

Setelah siap bolehlah menikmati hidangan...
Selamat Mencuba :)