Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Friday, March 7, 2008

Episod 8 : Pintu Bahagia...

SUASANA SEPI, Alia melamun di jendela kondonya. Suaminya masih belum pulang pulang lagi... dia melihat jam didinding sudah pun menjangkaw pukul 10.00malam. Alia keletihan menunggu walaupun dia telah diberitahu bahawa suaminya akan pulang lewat hari itu. Dia sudah menyangap beberapa kali menahan mata yang sudah kemerahan. Jika dia tahu bahawa suaminya akan pulang sebegini lewat ada baiknya dia pulang saja kerumah keluarganya. Bertemu abah, mama dan adik-adiknya yang hampir dua minggu tidak ditemui... Penat mencari diri, letih menanti suami yang masih tidak pulang-pulang. Akhirnya dia tertidur di sofa ruang tamu. Pada awalnya hanya ingin merebahkan diri sambil membaca majalah, tapi langsung terlelap... Alia lena, lama. Namun dia mengeliat kecil pula apabila terasa wajah dan tubuhnya dirayapi sesuatu...

ALIA membuka mata. Sebaik saja membuka mata, satu wajah yang dilihatnya adalah asing terpacak dihadapannya...
”sapa kau!!... apa yg engkau mahukan!!!...” tanya Alia memberanikan diri walaupun pada masa itu keadaan amat mencemaskan dirinya dan cuba meloloskan dirinya dari diterkam oleh lelaki yang tidak dikenali itu... Di waktu yang sama sempat juga dia melihat sekeliling rumahnya yang habis berselerak... bilik misteri kepunyaan suaminya juga telah digeledah...
"Bagaimana kau masuk hah!!... apa yg kau nakk!!..." Jerit Alia lagi...
Lelaki itu hanya ketawa dan cuba mengejar Alia... terkaman dan cengkaman lelaki itu amat kuat...
"Mana kau nak lari... kau ingat kau boleh lariii..." katanya dengan nada yang kuat sambil ketawa berdekah dekah pabila melihat Alia yang sedang ketakutan. Alia meronta ronta cuba untuk melepaskan diri tapi satu tumbukan hinggap diperutnya. Alia terduduk menahan kesakitan...

Alia cuba bangun lagi untuk menyelamatkan dirinya dan bergerak kearah pintu. Dia ingin keluar dari situ tapi usahanya gagal. Dia tidak mampu melawan tenaga lelaki itu apabila lelaki itu menangkapnya kembali, Alia cuba meronta tapi genggaman dan cengkaman dilengannya itu cukup kuat lantas menolak tubuh Alia ke sofa. Air matanya semakin deras mengalir... Alia semakin kuat meraung...
"Ambillah apa apa yang kau mahukan.. tapi jangan apa apakan aku...” Alia seolah olah merayu.
Lelaki itu masih ketawa... ”aku mahukan kau... kau... aku mahukan kau...” ketawa lelaki itu semakin lantang

Alia mengumpul sepenuh kekuatan. Belum pun sempat lelaki itu ke sofa, Alia menendang tubuh itu. Tersungkur lelaki itu ke belakang. Alia cuba bangun dan berlari untuk menyelamatkan diri namun dia terasa kakinya ditarik, dia tergerak kehadapan dan tersungkur... akibatnya dahinya terhantuk ke dinding...Darah pekat mengalir keluar dari dahinya. Alia terasa tubuhnya sakit yang teramat sangat. Dia terbayang wajah Ajmal yang tiba tiba melayang di fikiran. Pandangannya semakin berpinar-pinar. Alia tidak mampu melawan kesakitan itu, perlahan lahan kelopak matanya tertutup membiarkan dunia yang menakutkan menjadi sunyi dan gelap. Lelaki itu terus mengambil kesempatan keatas Alia yang pengsan sambil mengusap usap peha gebu Alia...

Lelaki itu yang sedang asyik mengerjakan Alia mula kalut bila ternampak dua orang manusia masuk ke dalam rumah. Mula berkira untuk melarikan diri... ”Tak guna! Apa kau buat kat sini?” Jerit Ajmal kuat bila melihat ada lelaki menyentuh Alia dan keadaan rumahnya yang kelam kabut.”Jahanam kau! Berani kau sentuh isteriku...” Ajmal semakin mengila! Semahunya dia membelasah lelaki itu sehingga lelaki itu tidak berdaya lagi untuk melawan. Mana mungkin isteri kesayangannya itu disentuh oleh lelaki lain sedangkan dia masih lagi tidak menyentuh isterinya itu kerana perjanjian yang telah dibuat dengan Alia sewaktu menikahinya. Dr Sulaiman yang ada disitu turut sam membantu dan menelefon polis. Selang beberapa minit terdengar siren polis mula menghampiri kondo tempat tinggal Ajmal. Akhirnya lelaki itu berjaya diberkas polis.

Sementara Alia, masih lagi tidak sedarkan diri. Di pandangan mata Ajmal, tubuh isterinya kaku dan kelihatan darah masih mengalir didahi Alia. Lalu diangkat dan dikendong sekuat hati tubuh isterinya ke kereta untuk dibawa ke hospital. Air mata lelakinya mengalir, dicium dan dipeluk erat tubuh itu. Berharap benar wanita didepannya itu kembali sedar...

Thursday, March 6, 2008

Episod 7 : Pintu Bahagia...

HAMPIR setahun perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta sama cinta itu semakin menampakkan kebahagiaan. Sikap Ajmal yang penyabar, memahami dan romantik serta bertanggungjawab itu sedikit sebanyak berjaya menambat hati Alia walaupun dia tidak pernah meluahkan pada suaminya... Ajmal juga merasai dengan setiap tindakkan yang Alia pamirkan padanya walaupun tidak pernah mempersoalkannya pada Alia... kerana dia tidak mahu memaksa dan membiarkan perasaan itu bercambah secara semulajadi…

Pagi itu Ajmal terjaga lebih awal dari tidurnya… dia mengela nafasnya perlahan dan terus bangun menuju kearah katil dimana Alia sedang tidur dan dia duduk dibirai katil sambil memerhatikan perilaku isterinya yang masih nyenyak tidur… kerana tindakan Ajmal yang tidak berhati hati itu menyebabkan Alia terjaga juga dari tidurnya…
“Selamat pagi sayang…” ucapnya sambil mencium dahi Alia…
“Ehhh apa awak buat kata sini ni…” jawab Alia terkejut bila Ajmal ada disisinya. Alia terus duduk ditepi katil sambil menarik selimutnya seperti orang ketakutan… “Dah pegilah mandi nanti boleh berjemaah bersama…” Ajmal berkata kepada isterinya.
Pada saat itu baru Alia perasan yang dia sebenarnya terlewat bangun jika tidak dia lah yang akan bangun dulu dari suaminya… Alia terus meluru ke bilik air untuk membersih kan diri dan berwuduk untuk menunaikan tanggungjawabnya pada yang maha Esa…

Pagi itu, Ajmal menikmati hidangan sarapan yang disediakan Alia dengan begitu selera sekali…
“Sayang, hari ni abang mungkin balik lewat… kena replace Dr Sulaiman untuk satu minor operation…” beritahu Ajmal langsung menjamah sandwich tuna ditangannya…
"Hmmm…"
"Hei, kenapa isteri abg ni? Ada masalah ke?"...
Alia mengeleng dan melemparkan senyuman pada suaminya... tiba tiba dia terasa tidak mahu melepaskan suaminya hari itu... dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu... pelik!! Tapi itu yang dia rasainya pada waktu itu...
"Oklah... terima kasih dengan sarapan ni... abg pergi kerja dulu nanti dah selesai operation abang terus balik yea...” Ajmal menghulurkan tangannya. Sekali lagi dia mencium dahi isterinya setelah tangannya itu dikucup lembut oleh Alia...

Sebaik sahaja Mini Coopernya berhenti di hadapan Mutiara Medical Centre. Ajmal terpandang sebuah kereta BMW 318i milik Dr Sulaiman sudah pun menjalar disitu...
”Ehh ada pulak mamat sorang ni?” soalnya dalam hati sambil berlalu menuju ke pintu utama Mutiara Medical Centre... Ajmal masuk kepintu lif dan butang 2 ditekan. Dia seorang saja yang ada dalam lif dan menanti pintu lif dibuka ditingkat tersebut... Dia terus meluru kebilik Dr Sulaiman sejurus pintu lif itu terbuka...
”Awal sampai?... tak jadi ke outstation ke JB?...” Tanya Ajmal yang terus menerjah Sulaiman dibiliknya...
”Tak jadilahh... pembedahan tu kena tunda dulu.. keadaan pesakit tak berapa stabil...” jawab Sulaiman...
”Kalau macam tue, pembedahan hari ni still nak suruh aku yang handle?”
” Aku rasa ada baiknya lagpun semua procedure ko dah brief kat semua nanti kalau aku yang ganti... ada yang tak kena susah...”
”oklah kalau dah macam tu... pegi dulu...” Ajmal terus berlalu menuju ke biliknya sendiri untuk memulakan tugasan...

Hari itu pembedahan berjalan seperti yang dijadualkan... Ajmal telah dibantu oleh beberapa orang jururawat termasuk pembantunya Zahra. Kerja kerja pembiusan telah dilakukan oleh Zahra sendiri bagi memastikan pesakit tidak berasa apa apa sewaktu pembedahan dijalan. Pembuangan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak pesakit telah mengambil masa selama 2 jam dan dilakukan secara berhati hati untuk memastikan tiada sebarang komplikasi terhadap pesakit. Dan akhirnya pembedahan itu tamat pada pukul 10.00malam. Setelah selesai semuanya Ajmal terus bergegas pulang kerumahnya bersama Dr Sulaiman yang kebetulan ingin tumpang bermalam dirumahnya....

Thursday, August 9, 2007

Pintu bahagia episod 6...

AJMAL memulakan menjalankan tugasnya hari ini setelah hampir 2 minggu bercuti... pagi lagi dia sudah pun berada di Mutiara Medical Centre...
"Morning Dr Ajmal..." sapa Zahra lembut... gadis genit yang bekerja sebagai jururawat disitu tersenyum menyapa kedatangan Ajmal...
"Morning Zahra..." balas Ajmal sambil membalas senyumannya... Ajmal terus melangkah ke biliknya... sepanjang percutiannya Dr Sulaiman yang telah membantunya dalam menguruskan kesemua tugasnya... Ajmal melepaskan pandangannya pada pintu bilik Dr Sulaiman yang tidak jauh dari situ... "emm masih tutup... belum datang lagi lah tue..." bisik hatinya... Dr Sulaiman merupakan temannya sejak dari University lagi dan kini menjadi pembantunya di pusat perubatan tersebut...

Tiba-tiba pintu bilik terbuka... Ajmal terkejut bila Dr Sulaiman muncul tanpa isyarat...
"Assalammualaikum..." sapa Dr Sulaiman...
"Waalaikumsalam... emmm ko nie Man buat aku terkejut jer.... dari mana nie?" soal Ajmal... Dr Sulaiman tersengeh-sengeh terus melabuhkan punggungnya di kerusi dihadapan Ajmal...
"aku baru jer sampai lagipun pagi2 nie blum ada patiant tue datang terus jenguk ko nie.... orang baru balik cuti khawin ler katakan..." jawab Dr Sulaiman... Ajmal hanya tersenyum pabila kawannya berkata begitu...
"camner?! cuti panjang sibuk honeymood ker?" usik Dr Sulaiman dengan ketawa nakal...
"hahahaha biasa ajee... tapi aku rasa bahagia sangat skarang... walaupun kami bukan saling cinta mencintai..." jawab Ajmal...
"baguslah camtue... aku pun tompang gembira jugak..." balas Dr Sulaiman lagi...
"haa ko tue biler lagi... cepatlah, nak tunggu biler lagi " sakat Ajmal...
"hisss ko nie... relax lerr..." balas Dr Sulaiman sambil tersengeh-sengeh...
"jangan tunggu lama2... lemau nantiii sian kat Riana tue...hahahaha..." sakat Ajmal lagi...
"ehh bilik keramat ko tue ko dah kasi Alia tengok ker?..." soal Dr Sulaiman, sengaja dia menukar topik perbualan... malas meneruskan mengenai hal yang dibangkitkan oleh Ajmal...
"blum lagi... tunggu masa yang sesuai..." jawab Ajmal...
"emmmm... ehh keylah... aku tengok dah ada 2-3 patient kat luar tue..." Dr Sulaiman terus berlalu ke biliknya untuk meneruskan tugasnya...

Jam ditangan dilihatnya hampir pukul 6 petang... dengan pantas Alia mengemas dan menyusun barang-barangnya diatas meja dan menutup komputernya... sebaik saja Alia habis berkemas, Alia terus membimbit beg tangannya dan berlalu dari workstationnya...
"hai kak Alia tergesa-gesa nampak?! selalu kan balik lambat?..." tegur Kadeeja...
"dulu lain... skrang kan kak Alia dah bersuami..." beritahu Alia lembut...
Kadeeja tersenyum memandangnya... "beruntung kak Alia bersuamikan doktor... enchem plak tue... bertuah badan..."
kata-kata kadeeja membuatkan Alia ketawa kecil bila mendengarkannya... kadeeja merupakan seorang kerani yang bekerja di bawah division Alia... kerja-kerja Alia selama ini banyak dibantu olehnya...
"Alhamdulillah dah jodoh... keylah kak Alia kena pegi skrang... nanti lambat..." jawab Alia...
Kadeeja tersengeh-sengeh dan mengangguk... Alia terus berlalu ke lif... Kadeeja memandang kelibat Alia yang semakin hilang... kak Alia dgn Dr Ajmal memang sepadan bersama, fikir Kadeeja... dan Alia terus pulang dengan memandu kereta klyssa putih kepunyaannya kerana hari itu Ajmal tidak menghantarnya ke tempat kerja.

Dengan melangkah perlahan, Ajmal mendekati Alia dan berharap agar isterinya itu tidak menyedari kewujudannya... lalu tangannya terus memeluk tubuh Alia...
"arrrhhhhhh..." Alia hampir menjerit kuat...
"heii abang lah..." ujar Ajmal separuh berbisik...
"awak niee buat saya terkejut laa... bukannye nak bagi salam... sib baek tak terbalik gulai nie..." kata Alia geram...
"hehehe sape suruh sayang tak kunci pintu... abg masuk jerlah..." jawab Ajmal...
terasa tubuh sasa Ajmal merangkul pinggang Alia kemas... dia membiarkan pelukan mesra itu dan tetap terus mengacau gulai yang masih belum masak sepenuhnya...
"awak pegilah mandi dulu... busyuklah bau ubat yg melekat kat badan awak tue..."pinta Alia
"hahaha apa salahnyaa....bau ubat jer..." jawab Ajmal...
"alaaa pegilah mandi... nanti lepas tue boleh ler kita makan sama-sama..." pujuk Alia lagi...
"okey sayang...."
terlekat satu ciuman kudus dibahu Alia... rangkulannya dileraikan dari tubuh Alia dan berlalu dari situ untuk membersihkan diri seperti yang dipinta Alia... semakin hari semakin bertambah sayangnya terhadap isterinya itu... dan Alia juga mula merasakan kehadiran Ajmal dalam hidupnya memberi sedikit kebahagian dihatinya...

Wednesday, July 18, 2007

Di atas sejadah cinta...

KOTA KUFAH terang oleh sinar purnama. Semilir angin yang bertiup dari utara membawa hawa sejuk. Sebagian rumah telah menutup pintu dan jendelanya. Namun geliat hidup kota Kufah masih terasa.Di serambi masjid Kufah, seorang pemuda berdiri tegap menghadap kiblat. Kedua matanya memandang teguh ke tempat sujud. Bibirnya bergetar melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Hati dan seluruh gelegak jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Orang-orang memanggilnya "Zahid" atau "Si Ahli Zuhud", karena kezuhudannya meskipun ia masih muda. Dia dikenal masyarakat sebagai pemuda yang paling tampan dan paling mencintai masjid di kota Kufah pada masanya. Sebagian besar waktunya ia habiskan di dalam masjid, untuk ibadah dan menuntut ilmu pada ulama terkemuka kota Kufah. Saat itu masjid adalah pusat peradaban, pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat perhatian.

Pemuda itu terus larut dalam samudera ayat Ilahi. Setiap kali sampai pada ayat-ayat azab, tubuh pemuda itu bergetar hebat. Air matanya mengalir deras. Neraka bagaikan menyala-nyala dihadapannya. Namun jika ia sampai pada ayat-ayat nikmat dan surga, embun sejuk dari langit terasa bagai mengguyur sekujur tubuhnya. Ia merasakan kesejukan dan kebahagiaan. Ia bagai mencium aroma wangi para bidadari yang suci.

Tatkala sampai pada surat Asy Syams , ia menangis,
"fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha. qad aflaha man zakkaaha. wa qad khaaba man dassaaha" (maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya)

Hatinya bertanya-tanya. Apakah dia termasuk golongan yang mensucikan jiwanya. Ataukah golongan yang mengotori jiwanya? Dia termasuk golongan yang beruntung, ataukah yang merugi? Ayat itu ia ulang berkali-kali. Hatinya bergetar hebat. Tubuhnya
berguncang. Akhirnya ia pingsan.

Sementara itu, di pinggir kota tampak sebuah rumah mewah bagai istana. Lampu-lampu yang menyala dari kejauhan tampak berkerlap-kerlip bagai bintang gemintang. Rumah itu milik seorang saudagar kaya yang memiliki kebun kurma yang luas dan hewan ternak yang tak terhitung jumlahnya. Dalam salah satu kamarnya, tampak seorang gadis jelita sedang menari-nari riang gembira. Wajahnya yang putih susu tampak kemerahan terkena sinar yang terpancar bagai tiga lentera yang menerangi ruangan itu. Kecantikannya sungguh memesona. Gadis itu terus menari sambil mendendangkan syair-syair cinta, "in kuntu `asyiqatul lail fa ka'si musyriqun bi dhau'wal hubb al wariq" (jika aku pencinta malam maka gelasku memancarkan cahaya dan cinta yang mekar)

Gadis itu terus menari-nari dengan riangnya. Hatinya berbunga-bunga. Di ruangan tengah, kedua orangtuanya menyungging senyum mendengar syair yang didendangkan putrinya. Sang ibu berkata, "Abu Afirah, putri kita sudah menginjak dewasa. Kau dengarkanlah baik-baik syair-syair yang ia dendangkan."
"Ya, itu syair-syair cinta. Memang sudah saatnya dia menikah. Kebetulan tadi siang di pasar aku berjumpa dengan Abu Yasir. Dia melamar Afirah untuk putranya, Yasir."
"Bagaimana, kau terima atau?"
"Ya jelas langsung aku terima. Dia ` kan masih kerabat sendiri dan kita banyak berhutang budi padanya. Dialah yang dulu menolong kita waktu kesusahan. Di samping itu Yasir itu gagah dan tampan."
"Tapi bukankah lebih baik kalau minta pendapat Afirah dulu?"
"Tak perlu! Kita tidak ada pilihan kecuali menerima pinangan ayah Yasir. Pemuda yang paling cocok untuk Afirah adalah Yasir."
"Tapi, engkau tentu tahu bahwa Yasir itu pemuda yang tidak baik."
"Ah, itu gampang. Nanti jika sudah beristri Afirah, dia pasti juga akan tobat! Yang penting dia kaya raya."

Pada saat yang sama, di sebuah tenda mewah, tak jauh dari pasar Kufah. Seorang pemuda tampan dikelilingi oleh teman-temannya. Tak jauh darinya seorang penari melenggak lenggokan tubuhnya diiringi suara gendang dan seruling.
"Ayo bangun, Yasir. Penari itu mengerlingkan matanya padamu!" bisik temannya.
"Be...benarkah? "
"Benar. Ayo cepatlah. Dia penari tercantik kota ini. Jangan kau sia-siakan kesempatan ini, Yasir!"
"Baiklah. Bersenang-senang dengannya memang impianku."
Yasir lalu bangkit dari duduknya dan beranjak menghampiri sang penari. Sang penari mengulurkan tangan kanannya dan Yasir menyambutnya. Keduanya lalu menari-nari diiringi irama seruling dan gendang. Keduanya benar-benar hanyut dalam kelenaan. Dengan gerakan mesra penari itu membisikkan sesuatu ketelinga Yasir,
"Apakah Anda punya waktu malam ini bersamaku?"
Yasir tersenyum dan menganggukan kepalanya. Keduanya terus menari dan menari. Suara gendang memecah hati. Irama seruling melengking-lengking. Aroma arak menyengat nurani. Hati dan pikiran jadi mati.

Keesokan harinya. Usai shalat dhuha, Zahid meninggalkan masjid menuju ke pinggir kota. Ia hendak menjenguk saudaranya yang sakit. Ia berjalan dengan hati terus berzikir membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ia sempatkan ke pasar sebentar untuk membeli anggur dan apel buat saudaranya yang sakit. Zahid berjalan melewati kebun kurma yang luas. Saudaranya pernah bercerita bahwa kebun itu milik saudagar kaya, Abu Afirah. Ia terus melangkah menapaki jalan yang membelah kebun kurma itu. Tiba-tiba dari kejauhan ia melihat titik hitam. Ia terus berjalan dan titik hitam itu semakin membesar dan mendekat. Matanya lalu menangkap di kejauhan sana perlahan bayangan itu menjadi seorang sedang menunggang kuda. Lalu sayup-sayup telinganya menangkap suara, "Toloong! Toloong!!"
Suara itu datang dari arah penunggang kuda yang ada jauh di depannya. Ia menghentikan langkahnya. Penunggang kuda itu semakin jelas.
"Toloong! Toloong!!"
Suara itu semakin jelas terdengar. Suara seorang perempuan. Dan matanya dengan jelas bisa menangkap penunggang kuda itu adalah seorang perempuan. Kuda itu berlari kencang.
"Toloong! Toloong hentikan kudaku ini! Ia tidak bisa dikendalikan! "
Mendengar itu Zahid tegang. Apa yang harus ia perbuat. Sementara kuda itu semakin dekat dan tinggal beberapa belas meter di depannya. Cepat-cepat ia menenangkan diri dan membaca shalawat. Ia berdiri tegap di tengah jalan. Tatkala kuda itu sudah sangat dekat ia mengangkat tangan kanannya dan berkata keras, "Hai kuda makhluk Allah, berhentilah dengan izin Allah!"
Bagai pasukan mendengar perintah panglimanya, kuda itu meringkik dan berhenti seketika. Perempuan yang ada dipunggungnya terpelanting jatuh. Perempuan itu mengaduh. Zahid mendekati perempuan itu dan menyapanya,
"Assalamu'alaiki. Kau tidak apa-apa?"
Perempuan itu mengaduh. Mukanya tertutup cadar hitam. Dua matanya yangbening menatap Zahid. Dengan sedikit merintih ia menjawab pelan,
"Alhamdulillah, tidak apa-apa. Hanya saja tangan kananku sakit sekali. Mungkin terkilir saat jatuh."
"Syukurlah kalau begitu."
Dua mata bening di balik cadar itu terus memandangi wajah tampan Zahid. Menyadari hal itu Zahid menundukkan pandangannya ke tanah. Perempuan itu perlahan bangkit. Tanpa sepengetahuan Zahid, ia membuka cadarnya. Dan tampaklah wajah cantik nan memesona,
"Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalau boleh tahu siapa nama Tuan, dari mana dan mau ke mana Tuan?"
Zahid mengangkat mukanya. Tak ayal matanya menatap wajah putih bersih memesona. Hatinya bergetar hebat. Syaraf dan ototnya terasa dingin semua. Inilah untuk pertama kalinya ia menatap wajah gadis jelita dari jarak yang sangat dekat. Sesaat lamanya keduanya beradu pandang. Sang gadis terpesona oleh ketampanan Zahid, sementara gemuruh hati Zahid tak kalah hebatnya. Gadis itu tersenyum dengan pipi merah merona, Zahid tersadar, ia cepat-cepat menundukkan kepalanya. "Innalillah.
Astagfirullah, " gemuruh hatinya.
"Namaku Zahid, aku dari masjid mau mengunjungi saudaraku yang sakit."
"Jadi, kaukah Zahid yang sering dibicarakan orang itu? Yang hidupnya cuma di dalam masjid?"
"Tak tahulah. Itu mungkin Zahid yang lain." kata Zahid sambil membalikkan badan. Ia lalu melangkah.
"Tunggu dulu Tuan Zahid! Kenapa tergesa-gesa? Kau mau kemana?Perbincangan kita belum selesai!"
"Aku mau melanjutkan perjalananku! "

Tiba-tiba gadis itu berlari dan berdiri di hadapan Zahid. Terang saja Zahid gelagapan. Hatinya bergetar hebat menatap aura kecantikan gadis yang ada di depannya. Seumur hidup ia belum pernah menghadapi situasi seperti ini.

"Tuan aku hanya mau bilang, namaku Afirah. Kebun ini milik ayahku. Dan rumahku ada di sebelah selatan kebun ini. Jika kau mau silakan datang ke rumahku. Ayah pasti akan senang dengan kehadiranmu. "Dan sebagai ucapan terima kasih aku mau menghadiahkan ini."... Gadis itu lalu mengulurkan tangannya memberi sapu tangan hijau muda.
"Tidak usah."
"Terimalah, tidak apa-apa! Kalau tidak Tuan terima, aku tidak akan memberi jalan!"
Terpaksa Zahid menerima sapu tangan itu. Gadis itu lalu minggir sambil menutup kembali mukanya dengan cadar. Zahid melangkahkan kedua kakinya melanjutkan perjalanan.

Saat malam datang membentangkan jubah hitamnya, kota Kufah kembali diterangi sinar rembulan. Angin sejuk dari utara semilir mengalir. Afirah terpekur di kamarnya. Matanya berkaca-kaca. Hatinya basah.Pikirannya bingung. Apa yang menimpa dirinya. Sejak kejadian tadi pagi di kebun kurma hatinya terasa gundah. Wajah bersih Zahid bagai tak hilang dari pelupuk matanya. Pandangan matanya yang teduh menunduk membuat hatinya sedemikian terpikat. Pembicaraan orang-orang tentang kesalehan seorang pemuda di tengah kota bernama Zahid semakin membuat hatinya tertawan. Tadi pagi ia menatap wajahnya dan mendengarkan tutur suaranya. Ia juga menyaksikan wibawanya. Tiba-tiba air matanya mengalir deras. Hatinya merasakan aliran kesejukan dan kegembiraan yang belum pernah ia rasakan sebelumnya. Dalam hati ia berkata,

"Inikah cinta? Beginikah rasanya? Terasa hangat mengaliri syaraf. Juga terasa sejuk di dalam hati. Ya Rabbi, tak aku pungkiri aku jatuh hati pada hamba-Mu yang bernama Zahid. Dan inilah untuk pertama kalinya aku terpesona pada seorang pemuda. Untuk pertama kalinya aku jatuh cinta. Ya Rabbi, izinkanlah aku mencintainya. "

Air matanya terus mengalir membasahi pipinya. Ia teringat sapu tangan yang ia berikan pada Zahid. Tiba-tiba ia tersenyum, "Ah sapu tanganku ada padanya. Ia pasti juga mencintaiku. Suatu hari ia akan datang kemari." Hatinya berbunga-bunga. Wajah yang tampan bercahaya dan bermata teduh itu hadir di pelupuk matanya.

Sementara itu di dalam masjid Kufah tampak Zahid yang sedang menangis di sebelah kanan mimbar. Ia menangisi hilangnya kekhusyukan hatinya dalam shalat. Ia tidak tahu harus berbuat apa. Sejak ia bertemu dengan Afirah di kebun kurma tadi pagi ia tidak bisa mengendalikan gelora hatinya. Aura kecantikan Afirah bercokol dan mengakar sedemikian kuat dalam relung-relung hatinya. Aura itu selalu melintas dalam shalat, baca Al-Quran dan dalam apa saja yang ia kerjakan. Ia telah mencoba berulang kali menepis jauh-jauh aura pesona Afirah dengan melakukan shalat sekhusyu'-khusyu' -nya namun usaha itu sia-sia.

"Ilahi, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini. Engkau Mahatahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cinta-Mu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya tarik wajah dan suaranya Ilahi, berilah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menetes-netes dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau ridhai. Aku serahkan hidup matiku untuk-Mu." Isak Zahid mengharu biru pada Tuhan Sang Pencipta hati, cinta, dan segala keindahan semesta.

Zahid terus meratap dan mengiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus ia paksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin ia meratap embun-embun cinta itu semakin deras mengalir. Rasa cintanya pada Tuhan. Rasa takut akan azab-Nya. Rasa cinta dan rindu-Nya pada Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya. Dalam puncak munajatnya ia pingsan.

Menjelang subuh, ia terbangun. Ia tersentak kaget. Ia belom shalat tahajjud. Beberapa orang tampak tengah asyik beribadah bercengkerama dengan Tuhannya. Ia menangis, ia menyesal. Biasanya ia sudah membaca dua juz dalam shalatnya.
"Ilahi, jangan kau gantikan bidadariku di surga dengan bidadari dunia.Ilahi, hamba lemah maka berilah kekuatan!"

Ia lalu bangkit, wudhu, dan shalat tahajjud. Di dalam sujudnya ia berdoa, "Ilahi, hamba mohon ridha-Mu dan surga. Amin. Ilahi lindungi hamba dari murkamu dan neraka. Amin. Ilahi, jika boleh hamba titipkan rasa cinta hamba pada Afirah pada-Mu, hamba terlalu lemah untuk menanggung-Nya. Amin. Ilahi, hamba memohon ampunan-Mu, rahmat-Mu, cinta-Mu, dan ridha-Mu. Amin."

Pagi hari, usai shalat dhuha Zahid berjalan ke arah pinggir kota. Tujuannya jelas yaitu melamar Afirah. Hatinya mantap untuk melamarnya. Di sana ia disambut dengan baik oleh kedua orang tua Afirah. Mereka sangat senang dengan kunjungan Zahid yang sudah terkenal ketakwaannya di seantero penjuru kota . Afiah keluar sekejab untuk membawa minuman lalu kembali ke dalam. Dari balik tirai ia mendengarkan dengan seksama pembicaraan Zahid dengan ayahnya. Zahid mengutarakan maksud
kedatangannya, yaitu melamar Afirah. Sang ayah diam sesaat. Ia mengambil nafas panjang. Sementara Afirah menanti dengan seksama jawaban ayahnya. Keheningan mencekam sesaat lamanya. Zahid menundukkan kepala ia pasrah dengan jawaban yang akan diterimanya. Lalu terdengarlah jawaban ayah Afirah,

"Anakku Zahid, kau datang terlambat. Maafkan aku, Afirah sudah dilamar Abu Yasir untuk putranya Yasir beberapa hari yang lalu, dan aku telah menerimanya. "

Zahid hanya mampu menganggukan kepala. Ia sudah mengerti dengan baik apa yang didengarnya. Ia tidak bisa menyembunyikan irisan kepedihan hatinya. Ia mohon diri dengan mata berkaca-kaca. Sementara Afirah, lebih tragis keadaannya. Jantungnya nyaris pecah mendengarnya. Kedua kakinya seperti lumpuh seketika. Ia pun pingsan saat itu juga.

Zahid kembali ke masjid dengan kesedihan tak terkira. Keimanan dan ketakwaan Zahid ternyata tidak mampu mengusir rasa cintanya pada Afirah. Apa yang ia dengar dari ayah Afirah membuat nestapa jiwanya. Ia pun jatuh sakit. Suhu badannya sangat panas. Berkali-kali ia pingsan. Ketika keadaannya kritis seorang jamaah membawa dan merawatnya di rumahnya. Ia sering mengigau. Dari bibirnya terucap kalimat tasbih, tahlil, istigfhar dan Afirah.

Kabar tentang derita yang dialami Zahid ini tersebar ke seantero kota Kufah. Angin pun meniupkan kabar ini ke telinga Afirah. Rasa cinta Afirah yang tak kalah besarnya membuatnya menulis sebuah surat pendek,

Kepada Zahid,
Assalamu'alaikum

Aku telah mendengar betapa dalam rasa cintamu padaku. Rasa cinta itulah yang membuatmu sakit dan menderita saat ini. Aku tahu kau selalu menyebut diriku dalam mimpi dan sadarmu. Tak bisa kuingkari, aku pun mengalami hal yang sama. Kaulah cintaku yang pertama. Dan kuingin kaulah pendamping hidupku selama-lamanya.
Zahid, Kalau kau mau. Aku tawarkan dua hal padamu untuk mengobati rasa haus kita berdua. Pertama, aku akan datang ke tempatmu dan kita bisa memadu cinta. Atau kau datanglah ke kamarku, akan aku tunjukkan jalan dan waktunya.

Wassalam
Afirah


Surat itu ia titipkan pada seorang pembantu setianya yang bisa dipercaya. Ia berpesan agar surat itu langsung sampai ke tangan Zahid. Tidak boleh ada orang ketiga yang membacanya. Dan meminta jawaban Zahid saat itu juga. Hari itu juga surat Afirah sampai ke tangan Zahid. Dengan hati berbunga-bunga Zahid menerima surat itu dan membacanya. Setelah tahu isinya seluruh tubuhnya bergetar hebat. Ia menarik nafas panjang dan beristighfar sebanyak-banyaknya. Dengan berlinang air mata ia menulis untuk Afirah :

Kepada Afirah,
Salamullahi' alaiki,

Benar aku sangat mencintaimu. Namun sakit dan deritaku ini tidaklah semata-mata karena rasa cintaku padamu. Sakitku ini karena aku menginginkan sebuah cinta suci yang mendatangkan pahala dan diridhai Allah `Azza Wa Jalla'. Inilah yang kudamba. Dan aku ingin mendamba yang sama. Bukan sebuah cinta yang menyeret kepada kenistaan dosa dan murka-Nya.

Afirah,
Kedua tawaranmu itu tak ada yang kuterima. Aku ingin mengobati kehausan jiwa ini dengan secangkir air cinta dari surga. Bukan air timah dari neraka. Afirah, "Inni akhaafu in `ashaitu Rabbi adzaaba yaumin `adhim!" ( Sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar jika aku durhaka pada Rabb-ku. Az Zumar : 13 )

Afirah,
Jika kita terus bertakwa. Allah akan memberikan jalan keluar. Tak ada yang bisa aku lakukan saat ini kecuali menangis pada-Nya. Tidak mudah meraih cinta berbuah pahala. Namun aku sangat yakin dengan firmannya : "Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
(pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka. Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (yaitu surga)." Karena aku ingin mendapatkan seorang bidadari yang suci dan baik maka aku akan berusaha kesucian dan kebaikan. Selanjutnya Allahlah yang menentukan.

Afirah,
Bersama surat ini aku sertakan sorbanku, semoga bisa jadi pelipur lara dan rindumu. Hanya kepada Allah kita serahkan hidup dan mati kita.

Wassalam,
Zahid


Begitu membaca jawaban Zahid itu Afirah menangis. Ia menangis bukan karena kecewa tapi menangis karena menemukan sesuatu yang sangat berharga, yaitu hidayah. Pertemuan dan percintaannya dengan seorang pemuda saleh bernama Zahid itu telah mengubah jalan hidupnya. Sejak itu ia menanggalkan semua gaya hidupnya yang glamor. Ia berpaling dari dunia dan menghadapkan wajahnya sepenuhnya untuk akhirat. Sorban putih pemberian Zahid ia jadikan sajadah, tempat dimana ia bersujud, dan menangis di tengah malam memohon ampunan dan rahmat Allah SWT. Siang ia puasa malam ia habiskan dengan bermunajat pada Tuhannya. Di atas sajadah putih ia menemukan cinta yang lebih agung dan lebih indah, yaitu cinta kepada Allah SWT. Hal yang sama juga dilakukan Zahid di masjid Kufah. Keduanya benar-benar larut dalam samudera cinta kepada Allah SWT.

Allah Maha Rahman dan Rahim. Beberapa bulan kemudian Zahid menerima sepucuk surat dari Afirah :

Kepada Zahid,
Assalamu'alaikum,

Segala puji bagi Allah, Dialah Tuhan yang memberi jalan keluar hamba-Nya yang bertakwa. Hari ini ayahku memutuskan tali pertunanganku dengan Yasir. Beliau telah terbuka hatinya. Cepatlah kau datang melamarku. Dan kita laksanakan pernikahan mengikuti sunnah Rasululullah SAW. Secepatnya.

Wassalam,
Afirah


LOVE is cinta : Jodoh ditangan Allah, walau apapun halangan dan rintangannya yang pasti akhirnya tetap bersama...hasil penulis Habiburrahman El Shirazy

Thursday, July 5, 2007

Pintu bahagia episod 5...

KONDOMINIUM Sri Idaman setinggi 32 tingkat tersergam indah di Rahman Putra Hills... kondo itulah yang dibeli Ajmal setahun yang lalu... Dia terus memakirkan Mini Cooper Merah miliknya ditempat meletak kereta yang telah disedia.
"jom, rumah abang kat tingkat 8..." beritahu Ajmal...
Alia hanya melemparkan senyuman kepada Ajmal dan mereka berjalan beriringan menuju ker lif... sampai di tingkat yang dimaksudkan Ajmal terus membuka pintu rumahnya...
"nie lah umah abang... abg harap Alia suka..." Alia hanya menganggukkan kepalanya...
"dah jomlah masuk..." pinta Ajmal...
"Assalammualaikum.." Alia memberi salam
"Waalaikumsalam... " sambut Ajmal bila isterinya memberi salam sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah...

Ruang tamu yang dihiasi indah... lengkap dengan perabot-perabot yang dibeli Ajmal dari IKEA, tampak ringkas tapi menarik, susunan perabot yang teratur...dan dilengkapi dengan alatan Home Theather melengkapkan lagi ruang tamu milik mereka... cantik.!.. bisik hati Alia... sambil matanya turut memerhatikan sekeliling ruang tamu rumah itu...
"jom abg tunjukkan bilik tidur kita..." Alia terus menuruti Ajmal dari belakang... menuju ke kamar yang diperkatakan oleh Ajmal...
"emm cantik tak?..." kata Ajmal setelah pintu bilik dibuka...
"cantiknyeeee... rasa macam nak tido jer... pandai awak kemas yea..." balas Alia...
"haha apa lagiii....jom arr kita tido..." sambil merebahkan diri diatas katil... bertujuan menyakat isterinya
"alaaa awak nie ngada2lah...awak lupa janji yea..." balas Alia lagi...
Ajmal hanya ketawa biler mendengarkan apa yang diperkatakan oleh isterinya... ternyata kamar itu kelihatan mewah... semua perabotnya diperbuat dari kayu Chengal yang bermutu tinggi... dihujung katil pula dihiasi Sofa malas buatan negara sendiri dan langsir yang berwarna kuning susu menyerlahkan lagi suasana kamar yang begitu nyaman dan tenteram...

"Awakkkkkk knapa bilik yg nie berkunci..." laung Alia pada suaminya....
Ajmal bingkas bangun dari pembaringannya terus meluru kearah isterinya...
"Ohh bilik yang tue ker sayang..." tanya Ajmal...
"haaa... yang nie laaa..." sambil mengetuk-getuk pintu bilik yang terkunci itu...
"buat masa nie, abang tak boleh nak bagi tahu apa yang ada kat dalam tue... tapi satu hari nanti sayang akan tau jugakkkk ..." beritahu Ajmal lalu memicit hidung Alia...
"ishh sakit laahhh..." Alia segera menepis tangan Ajmal dan menjeling kearahnya... Ajmal tersengeh-sengeh... terhibur dengan gelagat isterinya... ternyata Alia memang seorang yang manja...
"okey2 Abg minta maaf yea..." pinta Ajmal
"kasi Alia tengok apa yang ada kat dlm nie baru saya maafkan awakk..."
"tak boleh sayang... nanti sayang tahu jugak... but not now key..." pujuk Ajmal... tangan Alia dicapainya dan digenggam erat jemarinnya...
"yelahhh..." jawab Alia seolah-olah merajuk...
"haa camnie lah isteri abang..." balas Ajmal kelegaan bila Alia akur dengan kehendaknya...

Malam itu mereka menjamu selera bersama selepas menunaikan solat Mahgrib berjemaah... menikmati masakan kampung yang dimasak sendiri oleh Alia...berselera sungguh Ajmal menjamunya... nasi yang bertambah membuktikan suaminya menyukai akan masakannya itu... setelah selesai mereka menghabiskan masa bersama menonton televisyen dan akhirnya Alia terlelap juga disisi Ajmal... wajah lembut Alia ditenungnya dengan penuh rasa simpati...cepat tangannya mengangkat tubuh Alia dan di letakkan diatas katil...Alia yang kepenatan tidak sedar dengan tindakkan Ajmal... siang itu Alia sibuk mengemas barang-barang kepunyaannya dan Ajmal yang dibawa dari rumah keluarganya... Ingin saja dia memeluk tubuh isterinnya tapi niatnya itu di batalkan saja... takut kelakuannya itu menggangu tidur Alia.... dahi Alia diciumnnya perlahan-lahan untuk beberapa kali... dan berlalu meninggalkan Alia disitu...

Monday, July 2, 2007

Pintu bahagia episod 4...

AZAN SUBUH berkumandang... Alia terjaga dari tidurnya... dia bingkas bangun dan melangkah kebilik air untuk membersihkan diri... 15minit kemudian Alia keluar dari bilik air dan terus menunaikan solat subuh... setelah selesai solat, dia memberanikan diri melangkah kearah Ajmal... peristiwa malam tadi lenyap begitu saja dari fikirannya... biarlah ia menjadi kenangan di hari pertama dia sebagai isteri Ajmal...

"Ajmal... Ajmal... bangun, dah subuh dah nie..." kejut Alia sambil mengoyangkan tubuh Ajmal beberapa kali... sebenarnya Ajmal sudah pun terjaga tapi sengaja dia membiarkan Alia terus mengejutkannya...
"Ajmal!... bangunlah nanti waktu subuh habis..." Alia mengoyangkan lagi tubuh Ajmal...
tiba-tiba satu kucupan mesra hinggap dipipi Alia... Alia terkedu... Ajmal hanya tersenyum lantas bangun meninggalkan Alia disitu menuju ke bilik air... segera Alia menyediakan pakaian buat Ajmal dah diletakkannya di sisi katil lantas terus berlalu turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi buat mereka sekeluarga...

"Im... tolong panggilkan abg Ajmal turun breakfast.." Pintu Alia pada Imran...
"Okey kak..." balas Imran...
Imran terus meluru keatas memanggil Ajmal turun bersarapan sementara Alia menyusun hidangan diatas meja... sepuluh minit kemudian, Ajmal turun menuju kemeja makan... kesemua ahli keluarga Alia telah pun berada dulu dimeja makan...
"Assalammualaikum... " sapa Ajmal yang telah pun berdiri di tepi meja makan...
"waalaikumsalam..." jawab mereka sekeluarga...
"duk lah Ajmal..." pelawa Tuan Adli pada menantunya...
"mama... Alia mana ma..." tanya Ajmal pada Puan Anisa sambil tercari-cari kelibat isteri yang baru dikhawininya...
"ada tue kat dapur... aik baru tak nampak kejap takkan dah rindu kut..." sakat Puan Anisa...
Ajmal hanya tersengeh2 disitu sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal...
"hahahaha Abg Ajmal dah malu tuee..." sampuk Imran...
Tiba-tiba Alia muncul dengan membawa seteko air nescafe...air kegemaran Alia sekeluarga...

Dengan bertambahnya seorang lagi ahli keluarga baru semakin meriahlah suasana Tuan Adli... makanan yang terhidang begitu menyelerakan... sambil mengisi perut, mereka bersembang-sembang dan ada kalanya mereka ketawa apabila masing-masing menceritakan perkara yang melucukan...
"mama... abah... saya cadang nak bawak Alia tinggal kat kondo saya tue sebelum saya mulakan tugas balik..." Ajmal bersuara tiba-tiba... Alia memandang wajah suaminya dengan keadaan yang terkejut... sedangkan dia tidak mengetahui apa-apa pun mengenai cadangan yang diberitahu Ajmal itu...
"emmm eloklah tue... abah dengan mama tak membantah... lagipun Alia tue dah sah menjadi isteri kamu... dah memang tanggungjawab kamu memimpin rumah tangga sendiri..." jawab Tuan Adli...
"ha'ah mama pun setuju juga... senang kamu nak mengenali diri masing-masing... hidup pun lebih berdikari..."
"camner Alia... abang harap Alia tak membantah lagipun rumah tue milik Alia jugak..." tanya Ajmal lagi dan sedikit memujuk isterinya... lembut Ajmal mengenggam tangan isterinya meminta persetujuan untuk berpindah kerumah miliknya yang dibeli setahun yang lalu...
"Alia ikut saja... Alia tak kisah..." akhirnya Alia bersuara sambil tersenyum pada Ajmal...hati Ajmal berbunga riang bila mendengarkan persetujuan Alia tentang perpindahan mereka ker kondo miliknya... Alia! abang akan tawan hatimu hingga berjaya....

Thursday, June 28, 2007

Pintu bahagia episod 3...

ALIA merebahkan diri keatas katil yang telah dihias indah dengan warna coklat kegemarannya setelah membersihkan diri dan menukar pakaian yang lebih selesa... mata Alia masih lagi terkebil-kebil tidak boleh melelapkan mata, lalu dicapainya novel yang baru dibelinya untuk dibaca... matanya tertumpu pada bacaan yang dibaca akan tetapi fikirannya tetap berlegar-legar memikirkan sesuatu... "mampukan aku pikul tanggungjawabku sebagai seorang isteri?.. tanggangjawab yang lainnya aku pasti mampu lakukannya tapi tanggungjawab yang satu itu aku belum bersedia... aku perlu ada keikhlasan untuk menyerahkannya..." hati Alia berbisik...

Ajmal masuk kebilik agak lewat malam itu... Alia bingkas bangun dari baringnya apabila melihat wajah Ajmal dimuka pintu... Hati Alia berdebar tiba-tiba... Ajmal hanya melirik sekilas kearah isterinya... lalu mencapai tuala yang tergantung di penyidai dan terus melangkah ke bilik air... segera Alia mengambil pijama kepunyaan suaminya di dalam almari... tersenyum sendiri Alia bila mendengarkan Ajmal menyanyi-nyanyi kecil didalam bilik air... lalu dia meletakkan pejama tersebut dihujung katil... setelah beberapa ketika Ajmal keluar dari bilik air dengan hanya bertuala... Alia jadi kaget!...
"baju awak saya dah sediakan..." tegur Alia tanpa melihat suaminya kerana malu bila Ajmal berkeadaan demikian...dan berpura-pura kusyuk membaca novelnya... Ajmal segera menyarungkan pijama ketubuhnya...suasana yang hening hanya menemani mereka berdua... Ajmal tetap terus membisu tanpa kata...

Alia terasa begitu kaku bila berdua-duan begitu tetapi dia tetap meneruskan bacaannya seolah-olah tidak menyedari kehadiran Ajmal disitu... tiba-tiba novelnya ditarik oleh Ajmal dan diletaknya disatu sudut...
"Ajmal... saya blum habis baca lagi novel tue... bagilah balik buku tue..." pinta Alia...
"shuttt..." sambil meletakkan jarinya dibibir Alia isyarat menyuruh dia berdiam...
Ajmal terus merapati Alia dan mengenggam kemas jari jemari Alia... dia tidak mampu menolak lagi bila Ajmal melakukan demikian... dada Alia semakin berombak kencang...
"Ajmal, saya belum bersedia untuk melakukannya..." Ajmal tetap tidak memperdulikan apa yang dikatakan oleh Alia...
"Ajmalll... pleaseeee jangan paksa Alia..." rayu Alia lembut... memohon tidak memperlakunya begitu...
wajah Ajmal semakin hampir semakin terasa hembusan nafas lelaki itu... Alia hanya memejamkan mata, dia takut untuk menghadapi kenyataan yang bakal dihadapinya... tiba-tiba...
"hehehehe" terdengar ketawa kecil keluar dari mulut Ajmal... Alia terus membuka mata untuk melihat apa yang sebenarnya yang Ajmal ingin lakukan...

satu ciuman kudus melekat di dahi Alia... genggaman tangan Ajmal tadi mulai longgar dan akhirnya terlerai...
"Abang takkan paksa Alia...lagipun abang ingat janji2 abang dan syarat2 yang Alia beri pada abang ..." beritahu Ajmal...
Alia hanya diam membisu... terkesima diperlakukan begitu...
"dah lah tue... Alia tidur disini... biar abang tidur kat sofa tue... Assalammualaikum" beritahu Ajmal lagi sambil memegang pipi Alia yang gebu itu...
"Waalakumsalam..." jawab Alia perlahan sambil memerhatikan suaminya...Ajmal terus melangkah ke sofa dan merebahkan tubuhnya disitu... akhirnya Ajmal terlena sampai ke pagi...

Tuesday, June 26, 2007

Pintu bahagia episod 2...

MAJLIS PERKHAWINAN Alia dan Ajmal telah diadakan secara besar-besaran bagi meraikan kehadiaran orang baru dalam keluarga Tuan Adli... walaupun perkhawinan ini bukan atas dasar cinta tapi jodoh pertemuan sememangnya ditangan Allah, dan kini Alia redha dengan kehendakNYA...

Selepas mereka diijab kabul, acara khatam Quran diadakan... Alia dan Ajmal telah memperdengarkan bacaan Al Quran mereka dihadapan beberapa orang ustaz dan ustazah yang telah dijemput khas oleh Tuan Adli untuk menyemak setiap ayat yang dibaca... dan itulah kali pertama Alia mendengarkan bacaan dari mulut Ajmal... sungguh merdu alunan bacaannya... bacaan yang penuh dgn tajuwid dan idhram... menyusuk ke hati Alia... sememangnya itu adalah permintaan yang dimahukan Alia untuk digandingkan bersama dan Ajmal dengan senang hati menunaikan permintaan itu... Hati Alia benar-benar tersentuh!...

Pada saat ini Tuan Adli dan isteri lah orang yang paling gembira kerana kesetujuan Alia menerima lamaran Ajmal dan mereka yang berhempas pulas mengatur majlis perkhawinan Alia dan Ajmal yang berlangsung dengan meriah sekali...
"Ma, apa yang awak tengok tue?.." soal Tuan Adli pada isterinya...
"tue...ma tengah perhatikan menantu kita tue" sambil menunding jari kearah Ajmal yang sedang sibuk melayan tetamu...
"knapa...?" tanya Tuan Adli lagi...
"Emm syukurkan bang, Alia sudi terima Ajmal sebagai suami... takut gak ma dia tak bekenan...walaupun Ajmal tue ada ciri2 yang dimahukan..." beritahu Puan Anisa
"dah memang jodoh diorang berdua tue... tue urusannya pun mudah jer..."
"yea kan bang... yang penting semuanya dah selamat... Ma, gie sana dululah ..." Puan Anisa terus melangkah pergi meninggalkan suaminya disitu. para tetamu yang semakin ramai memenuhi perkarangan rumah mereka...sahabat handai, saudara mara turut tidak ketinggalan meraikan majlis Alia dan Ajmal...

Di kejauhan kelihatan Nana sedang berlari-lari anak dan melambai-lambaikan tangannya menuju ke arah Alia bersama suaminya...
"Aliaaaaaaaaaa.... selamat pengantin baru..." mereka berpelukan berdua...
"terima kasihhh.... kemain erk lari2... dah ler bawak perut.. terberanak baru tau! " kata Alia padanya... Nana hanya tergelak kecil bila Alia menyatakan begitu kerana akur dengan kesalahan yang dilakukannya tadi...
"Ajmal..." dia berpaling apabila bahunya disentuh Alia...
"saya nak kenalkan awak dengan kawan baik saya yg saya dah anggap mcm kakak sendiri... dan yang nie suaminya Nasri" beritahu Alia pada suaminya. Ajmal terus menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mereka...
"apa nie Alia, dah kahwin pun bersaya awak lagi ker.. cubalah panggil abang ker... sayang ker... sedap gak dengar..." usik Nana sepontan sambil memandang Ajmal... Alia hanya tersenyum malu dengan usikkan itu... hilang kata-katanya, bila dia disakat begitu sedangkan Ajmal ketawa bila mendengar apa yang dituturkan oleh Nana...
"tue arr... bila lah saya boleh dengar kata-kata keramat tue dari Alia..." sampuk Ajmal...
"alaaa..dah jom-jom kita makan dulu..." Alia terus mengheret Nana ke meja makan sambil menjeling manja ke arah Ajmal... sengaja dia meninggalkan Ajmal kesorang disitu...

Acara memotong kek telah diadakan pada sebelah malamnya... Alia hanya mengenakan baju kurung moden berwarna kuning cair manakala Ajmal mengenakan suit taksido nampak serasi bila digandingkan berdua... setelah selesai acara memotong kek maka lengkaplah majlis gilang gemilang Alia dan Ajmal... semua tetamu dan para jemputan telah pulang... yang tinggal hanyalah saudara mara yang terdekat... kelihatan Ajmal masih leka berbual-bual dengan beberapa saudara mara dan adik beradik Alia. kelihatan begitu mesra walaupun baru mengenali mereka...
"Rancak berbual... apalah tue yea..." sapa Alia tiba-tiba dan terus melabuhkan punggungnya disisi Ajmal...
"sembang-sembang kosong jer dgn sepupu dan adik-adik awak nie..." balas Ajmal...
"betul tue Abg Ajmal... nak bermesra dengan abg ipar takkan lah tak boleh kot..." sampuk Imran... Imran merupakan adik Alia yang ketiga yang berjawatan Engineer di salah sebuah Syarikat Oil and Gas yang terkemuka di Malaysia...
"awakk... saya naik dulu lah yea... nak rehat dah rasa penat sangat nie..." Pinta Alia pada suaminya..
Ajmal hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju... Alia terus berlalu... dan Ajmal memandang isterinya yang melangkah semakin jauh... dia tersenyum sendiri....

Wednesday, June 20, 2007

Pintu bahagia episod 1...

UDARA PAGI yang segar dan bersih diluar sealiran dengan fikiran Alia yang sedang buntu... Hatinya keresahan sedang memikirkan apa yang disampaikan oleh mamanya Puan Anisa petang semalam... "patut kah aku menerima lamaran lelaki itu? sedangkan aku tidak pernah mengenali dirinya... baik kah dia?!... arhh susahnya nak buat keputusan..." hati kecil Alia berdetik...
"emmm... baik aku telepon Nana, mana tahu dia boleh tolong..." dengan pantas Alia mencapai telefon bimbit diatas meja soleknya dan terus memicit nombor bimbit Nana...
"Nanaaaaa...." sapa Alia ditalian
"heyyyy Alia... lamanya tak bercakap dgn ko... winduuu tauuuu... ko apa kabar?..."
"Alhamdulillah sihat aja... ko camner plak?..." tanya Alia padanya...
"aku okey jer cuma letihlah sikit sejak pregnant nie..."
"Nana, ko boleh tolong aku tak?..."
"tolong? bleh.... blehhh blaaaa... hahahaha..."
"Nana aku serious nie..."
"sorry....sorry...kau ada masalah ker?.." pantas Nana bertanya...
"kalau aku dah mintak tolong nie tandanya ada masalah ler... besar plak tue..."
"apa yang tuan hamba nak patik tolong... patik rela melakukannya..."
Nana, sahabat yang suka bergurau... tidak pernah berubah walaupun sudah berumah tangga tetap gila-gila sikapnya... dia juga lah yang sentiasa menghulurkan bantuan dikala Alia memerlukannya... Alia menceritakan satu persatu masalah yang dia hadapi dengan Nana... lega dapat meluahkan segalanya yang bersarang difikirannya... Alia akur dengan apa yang diperkatakan oleh Nana dan mengukir senyuman setelah meletakkan telefon...

Cuma Alia sendiri tidak menyangka di zaman berteknologi maklumat masih ada lagi kes disatukan dengan pilihan keluarga... fikiran Alia kembali mengingatkan kata-kata yang dikatakan oleh Nana kepadanya...
"alaaa terima jerlah... lagipun itukan pilihan keluarga ko... mana ada ibubapa yang nak lihat anaknya tak bahagia..."
"tapi aku takut ler, orangnya pun aku tak tengok lagi... yang aku tahu dia seorang Doktor..."
"nak takut apa... dia kan orang bukannya makan ko... pg jerlah jumpa dia?..." pinta Nana
"takutlah nak jumpa dia Nana, camner lah orgnya erk?..."
"ishhh pegi ler dating dulu... tgk orgnya camner... susah2 sangat buatlah solat istikharah... mintak pertunjuk dari ALLAH..."
betul jugak apa yang dikatakan oleh Nana... sembayang istikharah adalah jalan yang terbaik untuk mendapat petunjuk daripadaNYA... lamunan Alia terhenti bila mamanya Puan Anisa datang menyapa...
"Camner nak ke terima lamaran dari Dr Ajmal..." tanya Puan Anisa pada Alia...
"ntah ler mama, tengah fikirkan..."
"janganlah fikir lama2... baik budaknya... pandai hormat orang tua... paling penting dia pandai mengaji... kan dulu Alia sendiri yg cakap pada mama nak yang pandai mengaji..."
Alia tersenyum bila mama mengingatkan syaratnya yang pernah Alia katakan pada Puan Anisa ... sememangnya Alia mencari seorang lelaki yang pandai dalam membaca Al Quran... pada Alia, jika dia selalu mengerjakan suruhan ALLAH dan meninggalkan larangaNYA pasti dia seorang lelaki yang terbaik walaupun mungkin ada kekurangan ditempat lain...
"nanti lah ma... fikir masak dulu yer lagipun nak tinggal dengan dia bukannya sehari dua kalu boleh tue nak la sampai akhir hayat... tapi ma, Alia teringin nak lah jumpa dia dulu..." pinta Alia...
"yelah nanti mama suruh dia jumpa kamu... tengok orangnya macam mana... nanti bagitahu mama kalu Alia dah ready..."
Puan Anisa terus berlalu meninggalkan Alia disitu...

Pertemuan empat mata akhirnya diadakan diantara Alia dengan Dr Ajmal disalah sebuah Restoran. dan itulah kali pertama Alia melihat lelaki yang akan menjadi calon suaminya... hari itu Alia menghabiskan masa mereka berdua untuk mengenali hati budi diantara satu sama lain... pada Alia, dia nampak seperti seorang yang gentleman... berbudi bahasa... dan sedikit sebanyak hati Alia mula tersentuh dengan tindakan yang Ajmal pamirkan...

Akhirnya lamaran Ajmal terima oleh Alia dengan rela hati setelah dia mendapat pertunjuk dariNYA walaupun Alia telah mengenakan beberapa syarat sewaktu kami bertemu. mungkin ini juga satu kententuan bahawa Alia dan Ajmal memang telah dijodohkan walaupun tanpa ikatan kasih sayang seperti pasangan lain, dan mereka disatukan...

Tuesday, June 5, 2007

Surat cinta...

di bawah sepohon pokok yang rendang di tepi padang sekolah....
"sume yang awk suruh saya dah buat... surat2 tue pun dia dah terima tapi saya rasa keterlaluan plak kalu sampai ajak keluar..."
"ikut jer la... apesal banyak cakap nie..." marah Lily pada Ikmal...
"kata awk sayang kat saya kenalah berkorban sikit untuk saya. saya saja jer nak gurau dgn dia..."
"tapi saya rasa ni bukan gurau lagi... dah masuk bab serius kalu dia tak anggap mcm tue..." balas Ikmal...
"dah!..dah! bosan la asyik blajar jer.. kekadang tue kena la enjoy skit... percayalah segalanya under control..." pujuk Lily...
"nah amik lah nie...utk awk sebagai upah, memandangkan segalanya dan berjalan lancar... lepas nie saya akan fikirkan permintaan awak nak jadi boyfren saya..." kata Lily
tiba-tiba muncul Zara disitu... Zara merupakan rakan sekelas pada Lily dan Ikmal tapi Zara tidak tahu yang dia telah dipermainkan oleh Lily...
"maaflah kalau saya kacau tapi saya ada hal penting nak ckp dengan Lily.." Pinta Zara
"Takpe... untuk kau bila2 masa saja aku sedia tolong... kita kan kawan baik? janganlah malu2.. balas Lily lalu meninggalkan Ikmal kesorangan disitu untuk mendengar apa yang hendak disampaikan oleh Zara sedangkan Lily sudah mengetahui segalanya...
"saya terima surat lagi... knapalah sejak kebelakangan nie saya tak dapat nak tumpukan perhatian kat study... saya teringin sangat nak tahu siapa orang tue..." beritahu Zara pada Lily...
"jangan la risau... tak lama lagi muncul la orang tue..."
"tapi tak pernah saya alami benda mcm nie.. pengalaman cinta lagi la... saya keliru sgt. tak tahu benda nie elok ker idak..."
"kau nie tak bersyukurlah... aku yg nak sangat... takde pun org nak bagi surat cinta..."
"ehhh bukan... bukan... saya cuma keliru takde maksud lain..." kata Zara membetulkan sangkaan Lily padanya...
tiba tiba ring........ring..........ring..... loceng berbunyi menandakan waktu rehat untuk hari itu telah tamat....
"Oopss rehat dah abiss..."
"emmm jangan risau yer? bagus kalu ada org sayang... ramai yang nak sangat bercinta tapi takde yg sudi..." pujuk Lily dan terus berlalu ke kelas mereka....

*************************************************************
di dalam kelas sewaktu pembelajaran dijalan...
"apa kene ngan aku nie... takleh nak tumpukan perhatian... dalam otak aku cuma ada lelaki misteri tue... macam manalah agaknya rupa dia? kat mana dia skrang? ntah2 dia ada dekat dgn aku?..."bisik hati Zara...
pening Zara memikirkan hal itu... tidak pernah ada lelaki yang meminatinya sampai begitu skali... setiap perkataan yang diluahkan dan setiap pujian2 dalam surat itu membuatkan hati Zara tidak karuan...dan sewaktu Zara menyelak helaian buku teksnya ada sepucuk surat cinta yang telah diselitkan dibukunya...
"hah!! surat lagi..." bisik hatinya...
"Lily...Lily..." Zara memanggil Lily seperti berbisik...
"saya terima surat dari dia lagi..."
"hmmm romantiknyaaaa!..." balas Lily...
dari kejauhan Ikmal hanya memandang gelagat mereka " knapa? untuk apa Lily buat camtue..." bisik hati Ikmal yang sememangnya tidak faham kenapa Lily sanggup buat begitu pada teman karibnya...

*************************************************************
di sebuah taman selepas habis waktu sekolah...
"saya rasa serba salah... kita tipu sorang kawan yang tak berdosa..."
"awak tak rasa kita nie melampau ke? bergurau dgn Zara mcm ni? apesal sampai nak ajak dia keluar? lelaki tue tak wujud pun..." kata Ikmal lagi pada Lily...
"jgn risau... hidup Zara sangat membosankan... esok kan hari sabtu, biar dia kuar jalan2 nanti saya yang akan temankan dia..."
"awk nie kenapa? blum couple lagi dah banyak tanya..."
"apapun, esok saya yang akan temankan Zara!... sebagai kwan rapat dia. sy akan temankan dia sampai lelaki tue dtg walaupun org tue takkan muncul... bye! saya nak balik rehat... esok hari penting utk saya..." kata Lily
Ikmal membiarkan Lily berlalu dari situ tanpa sebarang kata2 pada Lily... didalam hati "semakin aku rapat dgn Lily semakin kurang rasa cinta aku kat dia... dia bukan yang mcm aku sangkakan masa mula2 dulu..."

*************************************************************
Keesokkan harinya...
"dia tunggu kat sini kan? emm ramai orang la kat sini.... takpe, kita cari tempat duduk dulu..." Pinta Lily...
"ehh tak panas ker ko pakai camtue? " tanya Lily lagi...
"dia kata dia pun pakai camnie jugak... nanti senang nak cam satu sama lain..." balas Zara...
"hehehehe" Lily hanya tergelak kecil... sedangkan dia telah pun mengetahui perkara sebenar...
"Lama dah nie... tak sampai2 lagi ker?.. " tanya Lily pura2...
Zara hanya berdiam saja... setia menanti jejaka mesteri yang setia menghantar surat cinta kepadanya... dan hari semakin lama semakin gelap...

*************************************************************
"Huh letihnya... sehari suntuk tuisyen!... benci betul la hari sabtu... nak rehat pun takleh... kelas dari pagi sampai ke malam" bisik hati Ikmal....
"hah dari pagi sampai malam?" kata2 Ikmal separuh menjerit... Ikmal terus bergegas keluar menuju tempat dimana Zara menanti jejaka mesteri yang ingin dijumpainya...
"aku dpt rasa yg diorg masih lagi tunggu kat sana... Lily dan melampau kali nie!..." bisik hatinya lagi...
"mintak2 instinct aku tak betol... Shitt!! diorg ada lagi kat sana??!! Ciss... Lily!!!..." Ikmal terus menuju ke arah mereka berdua...
"cukup!! Zara, tak payah tunggu lagi! orang tu takkan datang..." kata Ikmal separuh menjerit...
"Ikmal..." Zara terkejut dgn kehadiran Ikmal disitu...
"ehh camner awk tahu kitorang kat sini..." kata Lily berpura2...
"nak belakon lagi... sampai camnie pun awk tak rasa bersalah lagi? Zara tue kwn baik awk tau?! sampai hati awk mainkan dia... cukup!! biar saya bgtau apa perkara sebenar... lelaki tue sebenarnya tak wujud. Lily yang suruh saya reka cerita... surat2 tue saya yang tulis... saya tak tahu apa tujuan dia buat camtu tapi saya takkan biarkan benda nie diteruskan lagi.." Ikmal melepaskan amarahnya...
"Lily betul ker apa yang Ikmal kata tue?!!.. tanya Zara pada Lily untuk mendapat kepastian...
sedangkan Lily hanya diam membisu disitu...
"Ahhh tak payah tanya dia... dia mmg dah tipu awk... jng tanya dia sebagai kawan lagi..." marah Ikmal lagi..
"kau diam.." terus tangan Lily ringan saja menampar muka Ikmal...
"huh mengaku pun..." kata Ikmal sambil mengesok pipinya yang sakit dek penampar Lily...
"aku benci! aku benci korang sume... sampai bila2 pun aku benci korang!!...
Lily terus berlalu meninggalkan Zara dan Ikmal disitu...

**********************************************************
"Zara..." sapa Ikmal yang sedari mendiamkan diri seperti hilang kata2 setelah Lily meninggalkan mereka berdua...
"saya tahu... perempuan mcm saya sampai bila2 pun takkan bercinta... muka pun tak setanding dgn org lain... saya mmg bodoh..." kata Zara teresak2...
"janganlah ckp camtue... awk taklah seteruk yang awk sangkakan... saya percaya satu hari nanti awk akan jumpa juga cinta sejati awak..." pujuk Ikmal...
"tak payahlah nak sedapkan hati saya... takkan ada lelaki mcm awak yang suka perempuan mcm saya..."
kata-kata Zara itu telah melenyapkan cinta Ikmal pada Lily... apa yang dikatakan oleh Zara ada betulnya... lelaki selalu mahukan girlfren yang lawa dan terlalu pentingkan paras rupa...
"skrang saya tau... orang mcm saya mmg tak layak jadi girlfren sesaper... nampaknya saya hidup sesorang sampai mati"
"BODOHHHHHH!!... hidup kita bukan utk bercinta jer tau! byk lagi benda yang lebih penting perlu kita buat... berkawan tak semestinya bercinta... awk patutnya gembira ada kwn mcm saya yang jujur dan terus terang dgn awk..."
Zara terpinga2 bila dimarah begitu... pada Ikmal dia terpaksa cakap camtue bagi meredhakan situasi tapi kata2 itu telah meninggalkan satu makna yang mendalam buat Ikmal...
"maafkan Zara yer Ikmal..."
"dah jom lah balikk.... dah malam nie..."
sejak kejadian itu... Zara dan Ikmal semakin akrab...

Monday, June 4, 2007

Sapu tangan...

Semalam tak disangka aku dapat berkenalan dengan seorang jejaka... excited? memanglah aku excited pasal aku dah lama tak dapat kawan baru. asyik keje jer. cara kami berkenalan pun agak special. dia terjumpa sapu tangan kepunyaanku. mungkin tercicir sewaktu aku mengangkut barang2.... ntah camner, aku boleh ternampak dia tengah pegang sapu tangan tue jadi aku introducedlah diri aku kat dia...
"rasanya tue sapu tangan saya..." tegurku tiba2...
"ye ker... saya jumpa kat sana tadi..."
"nama saya Amanda.... awak?.."
"Dennis..."
tak sangka respon dia baik dan dia berminat nak kawan dengan aku.. enchem plak tue...ahakkss !!!...

*************************************************************
Ditepi pantai... "boringnya hari niee... awek pun kurang!.." sapa Sean tiba-tiba
"huh.." Dennis mengeluh
"Fulamakkkk awek tue! yang kanan tue cute kan?"... Sean bersuara lagi...
"Dennis tgk gadis tue dia yang semalam yang dtg jumpe ko pasal sapu tangan tue kan? cam nak gie snorkelling jer.. apa lagi? gi lah teman. kalu taknak aku suruh jugak ko lgpun ko suruh la dia guna servis kita. aku kasi dia 50% off pasal dia member ko..." kata Sean lagi...
"Ok camnie... kalu dia datang ajak aku, baru aku pikirkan langkah seterusnya..."
"alehhh..." kata Sean sambil mencebek...
"adusss!! kacau betollah Dennis... tgk tue si gemuk tue dah potong line..."
"abisss dia dah lupa engkau lah Dennis...tapi ko perasan tak? apesal lak si kurus ngan si gemuk tue pegi skali. Sah nak buat keje jahatlah nie. Dahlah muka familiar buat kacau plak tue... dah ramai yang jadi mangsa dia..."
Dennis hanya diam dan memerhati saja gelagat mereka dari jauh...
"Woiii !! jangan buat pekak! ko nak awek idaman ko tue jadi mangsa ker?" pekik Sean
"Memekaklah kau ni Sean... dah lah malas aku nak layan ko!.." dennis terus berlalu dari situ...
" lerrr plakk..." sean terpinga2...

*************************************************************
Sewaktu diatas boat ketika menuju ke tempat snorkelling... "emmm apsal dia tak tegur aku? dia dah lupakan pasal semalam ker? dia malu kot... patutnya aku yang ajak dia gi snorkelling tapi apa nak buat... dah aku setuju nak gie dgn diorang nie" bisik hatiku...
"ehh pelik lamanya nak sampai. Nak pegi mana nie?.. pulau?? apasal bwk aku ker tmpt nie?.. celaka!! aku dah kena tipu nie!.." hatiku terfikir lagi...
"knapa awak...?! tanyaku sengaja mengawal panik yang melanda dihati...
"hahahahahahaha " tiba-tiba mereka ketawa berdekah-dekah...
dengan pantas aku segera melompat keluar dari boat yang naiki itu...
"Oiiii mana mau lari... hahahahaha..." mereka mengejar dan aku lari sekuat hati tuk slamatkan diri...
"arghhhh" aku terjatuh!...
"aduhh! time-time nie lak nak tercucuk kaca..... hah dah dekat!! Tuhan, ni ker balas untuk aku..." bisik hatiku
"alaaa ciannya... Luka yer? sakit ker... meh abg tolong ye... meh la... abg pandai tau..." kata si gemuk...
" jangan ler takot dik.... hihihi" sampuk si kurus...
"Tuhan tolong selamat kan aku sekarang..." pintaku didalam hati...
tiba2 Dennis terus meluru dan menerajang mereka semahunya...
"mamposs ko situ..." kata dennis yang geram dengan perangai mereka berdua yang suka menganggu
"aku nie mimpi ker? camner Dennis boleh ada kat sini? terima kasih Tuhan..."
"ohh!! hebatnya dia... terharuuu...rasa mcm dalam filem jer camnie...hihihi..." bisik hati kecil ku lagi...

*************************************************************
Mereka terus lari lintang pukang menyelamatkan diri dari dipukul lagi oleh Dennis..
"kaki awak luka teruk..." kata Dennis kepadaku...
"ahh sakitnyaa... tolong..." pintaku... lalu terus saja Dennis menarik selendang yang terikat di pinggangku...
"ehhh apa yang awak nak buat nie!!.." aku menjerit kepadanya...
"Err maaf.. saya nak gunakan kain tue utk hentikan darah yang keluar tue... takde niat lain hehehe..." jawab Dennis tersengeh-sengeh kerana perbuatan yang tak disengajakan itu...
akhirnya baju Dennis lah yang menjadi mangsa untuk membalut luka di kakiku...

*************************************************************
"Dah jauh kita jalan... mmg takder orang yang duduk kat pulau nie yer..." Tanyaku padanya...
"ha'ah..."
"bila kawan awk nak datang selamatkan kita nie?..."
"ntah tak tahu... tapi relax key Sean mesti datang punya..." dennis cuba memujukku...
"ehh saya penahlah... bley kita rehat kejap..."
"tahan skit yer awak... takder ubat so saya takleh nak buat pape..."
"sakitnnya kaki saya..."
"semuanya salah awk... sepatutnya saya nak ajak awk temankan saya snorkelling tp awk buat tak kenal jer. kalu awak tegur saya tadi mesti diorang takleh kacau saya!..."
Dennis terpinga-pinga apabila aku memarahinya begituu...mengaru kepala yang tidak gatal...

*************************************************************
"awak nak bawak saya ke mana nie?..."
"ikut jerlah..." aku akur dengan katanya lagipun dia yang mendukungku... mana mungkin aku boleh jalan sendiri dengan kakiku yang luka itu...
"tempat nie selamat lagipun orang selalu camping kat sini..." hari semakin gelap..... gelap..... dan gelap...
"Denniss... gelapnya.. saya takut gelap..."
"Dennissss mana awak! janganlah main2..."
"Dennissss...."
tiba-tiba... "hehehe janganlah takut, nasib baik saya bawak lighter nie... kalu tak mesti awak nangiss..."
"awk hisap rokok yer?... saya tak suka lah lelaki hisap rokok.. busyukk!..." kataku...
"lerrrr...."
malam itu, kami berbual panjang... tak sedar bila kami terlena...

************************************************************
" Dennisssssssssssssssssss...... dennissssss...... dennisssss....." laungan Sean sewaktu datang membantu kami...
" oitt sinilah... lembab lah ko nie... penat aku tunggu... nasib baek takde pape..."
"alehhh takde pape ker tue?... kalu dah camtue leh la aku tinggalkan korang 2 hari lagi kat sini... hehehe..." kata Sean setelah melihat kemesraan kami bedua...
camtuelah ceritanya, tapi akhirnya kami berdua dapat mengetahui isi hati masing masing, nak difikirkan nie mungkin boleh jadi satu permulaan baru untuk hidup aku... ehh apa nie?!... agaknya aku dah jatuh cinta kot... hihihi

Friday, June 1, 2007

Botol pasir...

Walaupun masa sudah lama berlalu, rindu aku terhadap dia masih lagi seperti dulu. namun sekarang hanya kenangan kita saja yang menemani aku hari demi hari. Apa yang aku fikirkan nie? kan semuanya dah berlalu tapi untuk melupakan dia amat sukar kerana bayangan-bayangan dia sentiasa hadir kepadaku melalui botol ini... dia pernah memberi harapan dan kegembiraan dalam hidup aku tapi dia jugalah yang melemahkan semangat aku untuk teruskan hidup...kenangan itu kembali menerjah di kotak kepala ku...

Ditepi pantai..."Emm... apa agaknya yang ada dalam botol nie yer?" bisik hati Qistina lalu mencapai botol itu dan mengeluarkan kertas yang tertulis AKU INGIN BEBAS....ROY... "Errr... maaf yer, botol tue kepunyaan saya... saya yang campaknya ke laut tapi tak sangka plak ia akan datang balik ke sini.." sapa Roy tiba-tiba...dan mula saat itu, aku tahu yang percutian aku kali nie tidak bersorangan... aku dah dia bagaikan serasi dan sering menghabiskan masa bersama berbual... banyak yang kami membincangkan tentang kehidupan... tentang harapan dan tentang percintaan...

***********************************************************
Di kedai makan..."emm bohsannya hari nie..." bisik hati Qistina sambil meneguk air yang dipesan...
"awak sorang saja?" teguran Roy memeranjatkan Qistina...
"Ohh awak rupanya saya ingat.........."
"apa yang awk fikirkan? saya nie lelaki yang nak mengorat awk ker?... saya keje berdekatan dgn tempat ni, kan saya dah bagitahu awak kan?.. lupa yerk?" balas Roy...
"bartender!! bagi dia segelas minuman..."...
"Ehh takpelah saya tak berapa sihat hari nie... saya temankan awak yer...?!"...
lama kami menghabiskan masa disitu...

**********************************************************
Kami berjalan beriringan ditepi pantai..."Jadi, kita serupa. awak akan cuba melupakan kisah cinta awak. Saya pulak melarikan diri dari tekanan keluarga. bapa saya tak memahami minat saya dalam bidang muzik, dia mahukan saya meneruskan empayar perniagaannya tapi saya tak minat langsung..."
"Emm...itulah kehidupan. Cite la lagi pasa diri awak... minat... hobi... yang boleh awak cite kat saya" pinta Qistina...
"Eh! apa yang bersinar tue?... tanya Qistina pada Roy
"nielah cebisan kerang yang pecah dan akhirnya akan bergabung dengan pasir. sinaran nie boleh dianggap sebagai sinaran terakhir bagi mereka...dan awak juga bagaikan cebisan kerang ini dalam hati saya. awak memberi sinar kepada hidup saya yang suram ini..." katanya jujur kepadaku... Dalam keadaan hati aku masih belum lagi pulih sepenuhnya dari cinta lalu, aku sudah berada dalam pelukkannya...dan semuanya berjalan lancar hinggalah kau pergi meninggalkan pulau itu tanpa memberitahu aku sebabnya... betapa sedihnya aku ketika itu...

**********************************************************
Diruang tamu rumah aku berdua saja dengannya ketika itu..." mengapa awak tinggalkan pulau tue tanpa memberitahu saya? Apa salah saya...?" soal Qistina pada Roy. sedangkan Roy hanya berdiam diri disitu...
"cakap laaa!! jangan diam jer... awak dah lupa janji2 awak pada saya?.." tengking Qistina
"awk ni terlalu mudah percayakan orang... kata2 saya, awk percaya sumenya?! saya rasa awk boleh dpt boifren yang lagi bak daripada saya nie kan?..." akhirnya Roy bersuara...
ringan saja air mataku gugur setelah mendengarkan apa yang dikatakan olehnya...
"awak nak kemana?.." tanya Qistina dalam sendu...
sememangnya kelakunnya pelik, sikapnya yang mendiamkan diri membuat aku rasa takut... takut akan kehilangannya sekali lagi...
"awak balik jerlah saya dah penat nie... nak rehat..." pinta Roy pada Qistina...
"awak bukan org yang saya kenal di pulau itu... apa yang awk rahsiakan dari saya?!... apa masalahnya? beritau lah saya... saya boleh menerimanya... tolong beritahuuu awak..." rayu Qistina...
malam itu kami berpelukkan erat diantara satu sama lain...

**********************************************************
Penyakit barah yang meragut nyawanya dan percintaan kami. hanya sepucuk surat dan sebotol pasir yang dikirimkan padaku sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir yang menceritakan segalannya dan aku terpaksa menerima hakikat itu... kini, apabila aku tidak dapat tidur malam... aku memegang erat botol itu untuk merasai kehadirannya... menemani dan memelukku sepanjang malam.... pengubat kerinduan ku... "Roy aku amat mencintaimu...