Friday, December 30, 2011

New Year 2012...

2012, New Year is just around the corner… So, I want to take this opportunity to wish you all: Blessed New Year, have a wonderful year ahead with best of health, wealth & love

Apa azam tahun baru 2012?...

Friday, December 23, 2011

Solat adalah penawar duka dan penyejuk hati...

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.(Az Zariyat : 17)

ULASAN AYAT
Solat merupakan hubungan komunikasi antara hamba dan Pencipta bagi seluruh semesta. Namun dalam perhubungan ini, hanya orang-orang yang khusyuk sahaja dapat merasakan keindahan berkomunikasi denganNya serta mendapat balasan yang baik. Bermula dari merasa indahnya berkomunikasi dengan ALLAH SWT, mereka yang khusyuk ini ‘memperolehi semangat serta bahagia luar biasa berbanding orang lain yang solat juga tetapi tidak merasa bahagia’. Mereka ini adalah dikalangan hamba yang sudah pun menyedari bahawa tiada kehidupan yang terlebih baik melainkan merasa ALLAH adalah segalanya. Ketika hati senang mahupun susah ALLAH sentiasa di hati mereka. Solat memberi kekuatan yang sangat hebat. Ianya ibadah utama dalam menentukan keelokkan DIRI seseorang hamba itu. Jika solatnya baik maka akan melahirkan perbuatan dan hati yang baik begitu juga sebaliknya. Solatlah kita sebelum kita disolatkan, solatlah dengan penuh rasa kehambaan lagi tawaduk dihadapanNya, pasti kita akan rasakan Dia adalah segalanya, bila sudah merasakan Dia adalah segalanya maka tiada yang lebih hebat dan agung dihati kita melainkan hanya ALLAH. Datanglah ujian sebesar mana pun, masalah, suka atau duka semuanya menjadi sangat kecil dimata kita kerana yang terlebih bahagia dan besar hanya Dia. WALLAHU’ALAM

Thursday, December 22, 2011

5 perkara akan ditanya di akhirat...

Sabda Rasulullah SAW bermaksud ;(Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat di hadapan ALLAH sehingga disoal tentang lima perkara; tentang umurnya, waktu mudanya,dan hartanya daripada mana ia dapat dan bagaimana membelanjakannya, dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya).( Riwayat Ibnu Hibban & Tarmizi )

ULASAN HADIS
Sebagai makhluk terbaik yang diciptakan oleh ALLAH, manusia dikurniakan akal budi, boleh berfikir dan menentukan sesuatu yang terbaik. Kehidupan manusia merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada ALLAH di muka bumi ini. Kita makhluk yang sempurna serta mampu menguruskan kehidupan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan. Namun masih ada yang lupa dan leka. Maka hidup dan pekerjaan yang dilakukan semuanya berdasarkan apa yang dikehendaki semasa hayat kita. Untuk memperolehi semua itu, manusia terpaksa sentiasa berlumba dalam kehidupan dengan orang lain yang menyebabkan kita kadang-kadang terpaksa mengetepikan soal halal haram, yang boleh dan tidak boleh. Kita bekerja seharian, bertungkus-lumus, keluar pada waktu pagi dan pulang pada sebelah petang. Untuk apa kita bekerja hingga sebegitu rupa. Sehinggakan ada kalanya kita bekerja seolah-olah tidak cukup siang, sehinggakan waktu rehat pada malamnya dikorbankan, semata-mata untuk bekerja. Sedangkan aturan dan panduan hidup yang telah digariskan oleh ALLAH tidak begitu. Oleh yang demikian sekiranya apa yang diusahakan di dunia ini kita belanjakan dan kita gunakannya untuk tujuan kebaikan serta mendapat keredhaan ALLAH, maka itulah jawabannya. Mungkin ada yang mempunyai rumah besar dan mewah yang digunakan untuk memberi perlindungan kepada anak-anak dan isteri. Di dalam rumah itu pula dipenuhi dengan amalan yang baik seperti membaca Al-Quran dan bukannya kegiatan maksiat parti arak dan tari-menari. Apakah masih belum kita temui pencarian kita di dunia ini? Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk menambahkan bekalan bagi meneruskan perjalanan yang masih jauh iaitu ke akhirat. Justeru kita mencari bekalan yang memungkinkan kita sampai ke akhirat dengan baik dan dapat kita “membeli” keadaan yang baik, mewah dan sempurna di akhirat. ALLAH tidak akan membiarkan kaki kita berganjak di akhirat nanti sehinggalah ditanyakan tentang lima perkara yang disebut di dalam hadis di atas. Fikir-fikirkanlah bagaimanakah cara kita menggunakan 5 perkara tersebut?. WALLAHU’ALAM

Tuesday, December 20, 2011

Name for our babies...

Ermmmm kami dah sepakat untuk letak nama yang kami akan bagi pada baby yang bakal lahir... apa nama dia? ermmm tunggulah baby lahir dulu baru buat announcement... hehehe....

so no more Eris Salma or Yunalis Zara okey! ;)

kalau korang nak guna nama Yunalis Zara tue takpe silakan guna but not Eris Salma... walaupun Hubby tak bekenan dgn nama tue, aku tetap suka gabungan baru dan lama nama itu yang bermaksud "Cahaya Selamat"

haha mesti fikir baby aku perempuan kan? taklah... dia pemalu orangnya, masih berahsia tau... so baby girl or boy... keduanya kami dah sediakan nama yg sesuai... semoga yang bakal lahir ini seorang anak yang soleh/solehah dan patut pada perintahNYA...Amin

Jom sOlat berjemaah!!...

Barangsiapa yang menghadiri sembahyang Isyak secara berjemaah, maka seolah-olah ia telah melakukan sembahnayng sunat pada separuh malam, dan barangsiapa yang menghadiri sembahyang Isyak dan subuh secara berjemaah, maka seolah-olah ia telah melakukan sembahyang sunat semalaman.“( Riwayat Muslim )

ULASAN AYAT
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang. Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya. Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
2. Fardhu kifayah pada solat fardhu lima waktu; dan
3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan. Tuntutan berjemaah pada solat fardhu. Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa. Ayuh, kita hidupkan solat berjemaah walau dimana sahaja kita berada! .WALLAHU’ALAM