Hari ni aku nak share resipi Daging Kicap pulak... lauk yang aku buat untuk berbuka puasa petang semalam...
sedap tau! hahaha
ye ker jaja oii?.... try dulu ok!
Bahan2nya
15 keping daging (dah potong nipis2)
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar (utk dihiris)
2 biji cili hijau (utk dihiris)
10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah lebih)
1 inci halia (mcm besar ibu jari)
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
2-3 sudu besar kicap pekat (kalau nak lebih boleh letak lebih)
1 keping asam keping
Air untuk kuah
garam, gula dan ajinamoto secukupnya
minyak untuk menumis
Cara membuatnya
1. Blander bawang merah, putih, halia, cili api dan kicap pekat
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak utk menumis...
3. masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga utk ditumis... kemudian masukan bahan2 yang telah diblander... tumis sehingga naik bau
4. masukkan daging dan digaul rata...
5. masukkan garam dan ajinamoto secukupnya...
6. kemudian masukkan air dan masak sehingga daging menjadi empuk dan kuah kelihatan pekat..
7. bolehlah masukkan sedikit gula dan asam keping serta cili dan bawang yg telah dihiris... gaul rata...
8. sedia utk dihidangkan...
Nota : sila keluarkan asam keping dengan segera, supaya kuah kicap anda tidak merasa masam... dan resepi ini tidak mengunakan lada hitam.
senang jer kan? oklah bagi orang2 yang baru berkhawin... masak yang mudah2 tapi enak!! Selamat Mencuba...