Monday, August 8, 2011

Segerakan berbuka...

Dari Sahal bin Sa'ad r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Orang ramai masih berada dalam keadaan baik selagi mereka menyegerakan berbuka puasa (setelah masuk waktunya)." ( Riwayat Muslim )

HURAIAN HADIS:
Rasulullah SAW menyatakan dalam hadis yang pertama tentang waktu untuk berbuka puasa. Apabila telah tiba waktu berbuka seperti yang diterangkan dalam hadis, hendaklah orang yang berpuasa itu menyegerakan berbuka puasa. Seseorang yang berpuasa itu sentiasa berada dalam kebaikan jika menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya. Sekiranya dilakukan akan mendapat pahala sebagai mana yang dijanjikan.
WALLAHU’ALAM