Tuesday, August 9, 2011

Khasiat kurma...

Dari Salman bin `Amir al-Dabiy r.a., dari Nabi Muhammad SAW sabdanya: "Apabila seorang dari kamu berbuka puasa, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma, kerana buah kurma itu ada berkatnya (banyak khasiatnya). Kalau orang itu tidak dapat buah kurma maka memadai juga dengan air sejuk, kerana air itu bersih lagi membersihkan".(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

HURAIAN HADIS :
Perintah Baginda supaya umatnya berbuka puasa dengan buah kurma ialah perintah sunat, malah Baginda sendiri mengamalkannya. Tidak dapat dinafikan bahawa buah kurma, banyak faedah atau khasiatnya. Ia dapat memberi tenaga kepada tubuh badan kita.Demikian juga halnya air sejuk yang sedia diketahui oleh umum tentang faedahnya kepada tubuh badan dan perjalanan darah. Amalkanlah berbuka dengan buah kurma. Bukan sahaja kita dapat mengikuti sunnah Rasulullah SAW malah kita dapat menjaga kesihatan diri. WALLAHU’ALAM.