Friday, August 5, 2011

Kegembiraan yang pasti...

Dari Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: ".. orang yang berpuasa mendapat dua perkara yang menggembirakan. Pertama semasa ia berbuka puasa dan kedua semasa ia menemui Tuhannya (pada hari akhirat)". (Riwayat Muslim)

HURAIAN HADIS :
1. Kegembiraan adalah sesuatu yang belum tentu akan diraih oleh seseorang melainkan apabila ia ditakdirkan untuk memperolehi sesuati nikmat atau anugerah.

2. Namun kegembiraan yang pasti dan dijanjikan ialah dengan berpuasa. Sepertimana yang telah dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW bahawa bagi orang yang berpuasa ialah ketika ia berbuka puasa dan ketika bertemu dengan ALLAH di akhirat kelak.

3. Sebagai ummat Islam kita hendaklah merebut peluang dan nikmat yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT. Sesungguhnya segala keistimewaan ini hanya diperolehi oleh mereka yang berpuasa dikalangan ummat Muhammad SAW. WALLAHU’ALAM