Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah SAW bersabda: "ALLAH berfirman maksudnya: " Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa, (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya) .." (Riwayat Muslim)
HURAIAN HADIS :
1. Sesungguhnya pahala orang yang berpuasa hanya di dalam pengetahuan ALLAH. Hanya ALLAH sahaja yang akan memberi balasan dan penilaian. Bahkan para malaikat juga tidak dapat mengukur pahala puasa yang disediakan oleh ALLAH SWT.
2. Betapa besarnya keutamaan puasa ini sehingga ALLAH memberi jaminan bahawa hanya Dia yang akan memberi ganjaran.
3. Justeru itu, seharusnya kita dapat melakukan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya untuk dipersembahkan kepada Dia yang Maha Pemberi balasan. WALLAHU’ALAM