Monday, February 12, 2007

Aku hairan...

Sama-sama kita Renungkan...
7 Perkara Yang Menghairankan
 
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.
 
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
 
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
 
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
 
Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
 
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
 
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
 

Friday, February 2, 2007

Sabar...

أَلَّذِيْنَ إِذَآ أَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ قَالُوْا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali(Surah Al-Baqarah : 156)


Ulasan Ayat :
1)Ayat ini menyatakan tentang sikap sabar yang perlu ada dalam diri seseorang apabila ditimpa sesuatu kesusahan.
2)Kesusahan yang dialami adalah ujian daripada Allah S.W.T. untuk menguji setakat mana tahap keimanan kita.
3)Beruntunglah orang-orang yang diuji dengan kesusahan, ada ganjaran sekiranya ia menjadikan seseorang itu lebih dekat dengan Allah S.W.T.
4)Sekiranya diuji dengan ujian kesenangan, kita khuatir kita akan mudah lalai dan lupa dari mengingati.
5)Apabila ditimpa kesusahan, ucapkanlah : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
6)Dengan pengharapan hanya padaNya, moga-moga ada impak yang positif pada diri kita.