Friday, March 7, 2008

Episod 8 : Pintu Bahagia...

SUASANA SEPI, Alia melamun di jendela kondonya. Suaminya masih belum pulang pulang lagi... dia melihat jam didinding sudah pun menjangkaw pukul 10.00malam. Alia keletihan menunggu walaupun dia telah diberitahu bahawa suaminya akan pulang lewat hari itu. Dia sudah menyangap beberapa kali menahan mata yang sudah kemerahan. Jika dia tahu bahawa suaminya akan pulang sebegini lewat ada baiknya dia pulang saja kerumah keluarganya. Bertemu abah, mama dan adik-adiknya yang hampir dua minggu tidak ditemui... Penat mencari diri, letih menanti suami yang masih tidak pulang-pulang. Akhirnya dia tertidur di sofa ruang tamu. Pada awalnya hanya ingin merebahkan diri sambil membaca majalah, tapi langsung terlelap... Alia lena, lama. Namun dia mengeliat kecil pula apabila terasa wajah dan tubuhnya dirayapi sesuatu...

ALIA membuka mata. Sebaik saja membuka mata, satu wajah yang dilihatnya adalah asing terpacak dihadapannya...
”sapa kau!!... apa yg engkau mahukan!!!...” tanya Alia memberanikan diri walaupun pada masa itu keadaan amat mencemaskan dirinya dan cuba meloloskan dirinya dari diterkam oleh lelaki yang tidak dikenali itu... Di waktu yang sama sempat juga dia melihat sekeliling rumahnya yang habis berselerak... bilik misteri kepunyaan suaminya juga telah digeledah...
"Bagaimana kau masuk hah!!... apa yg kau nakk!!..." Jerit Alia lagi...
Lelaki itu hanya ketawa dan cuba mengejar Alia... terkaman dan cengkaman lelaki itu amat kuat...
"Mana kau nak lari... kau ingat kau boleh lariii..." katanya dengan nada yang kuat sambil ketawa berdekah dekah pabila melihat Alia yang sedang ketakutan. Alia meronta ronta cuba untuk melepaskan diri tapi satu tumbukan hinggap diperutnya. Alia terduduk menahan kesakitan...

Alia cuba bangun lagi untuk menyelamatkan dirinya dan bergerak kearah pintu. Dia ingin keluar dari situ tapi usahanya gagal. Dia tidak mampu melawan tenaga lelaki itu apabila lelaki itu menangkapnya kembali, Alia cuba meronta tapi genggaman dan cengkaman dilengannya itu cukup kuat lantas menolak tubuh Alia ke sofa. Air matanya semakin deras mengalir... Alia semakin kuat meraung...
"Ambillah apa apa yang kau mahukan.. tapi jangan apa apakan aku...” Alia seolah olah merayu.
Lelaki itu masih ketawa... ”aku mahukan kau... kau... aku mahukan kau...” ketawa lelaki itu semakin lantang

Alia mengumpul sepenuh kekuatan. Belum pun sempat lelaki itu ke sofa, Alia menendang tubuh itu. Tersungkur lelaki itu ke belakang. Alia cuba bangun dan berlari untuk menyelamatkan diri namun dia terasa kakinya ditarik, dia tergerak kehadapan dan tersungkur... akibatnya dahinya terhantuk ke dinding...Darah pekat mengalir keluar dari dahinya. Alia terasa tubuhnya sakit yang teramat sangat. Dia terbayang wajah Ajmal yang tiba tiba melayang di fikiran. Pandangannya semakin berpinar-pinar. Alia tidak mampu melawan kesakitan itu, perlahan lahan kelopak matanya tertutup membiarkan dunia yang menakutkan menjadi sunyi dan gelap. Lelaki itu terus mengambil kesempatan keatas Alia yang pengsan sambil mengusap usap peha gebu Alia...

Lelaki itu yang sedang asyik mengerjakan Alia mula kalut bila ternampak dua orang manusia masuk ke dalam rumah. Mula berkira untuk melarikan diri... ”Tak guna! Apa kau buat kat sini?” Jerit Ajmal kuat bila melihat ada lelaki menyentuh Alia dan keadaan rumahnya yang kelam kabut.”Jahanam kau! Berani kau sentuh isteriku...” Ajmal semakin mengila! Semahunya dia membelasah lelaki itu sehingga lelaki itu tidak berdaya lagi untuk melawan. Mana mungkin isteri kesayangannya itu disentuh oleh lelaki lain sedangkan dia masih lagi tidak menyentuh isterinya itu kerana perjanjian yang telah dibuat dengan Alia sewaktu menikahinya. Dr Sulaiman yang ada disitu turut sam membantu dan menelefon polis. Selang beberapa minit terdengar siren polis mula menghampiri kondo tempat tinggal Ajmal. Akhirnya lelaki itu berjaya diberkas polis.

Sementara Alia, masih lagi tidak sedarkan diri. Di pandangan mata Ajmal, tubuh isterinya kaku dan kelihatan darah masih mengalir didahi Alia. Lalu diangkat dan dikendong sekuat hati tubuh isterinya ke kereta untuk dibawa ke hospital. Air mata lelakinya mengalir, dicium dan dipeluk erat tubuh itu. Berharap benar wanita didepannya itu kembali sedar...

Thursday, March 6, 2008

Episod 7 : Pintu Bahagia...

HAMPIR setahun perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta sama cinta itu semakin menampakkan kebahagiaan. Sikap Ajmal yang penyabar, memahami dan romantik serta bertanggungjawab itu sedikit sebanyak berjaya menambat hati Alia walaupun dia tidak pernah meluahkan pada suaminya... Ajmal juga merasai dengan setiap tindakkan yang Alia pamirkan padanya walaupun tidak pernah mempersoalkannya pada Alia... kerana dia tidak mahu memaksa dan membiarkan perasaan itu bercambah secara semulajadi…

Pagi itu Ajmal terjaga lebih awal dari tidurnya… dia mengela nafasnya perlahan dan terus bangun menuju kearah katil dimana Alia sedang tidur dan dia duduk dibirai katil sambil memerhatikan perilaku isterinya yang masih nyenyak tidur… kerana tindakan Ajmal yang tidak berhati hati itu menyebabkan Alia terjaga juga dari tidurnya…
“Selamat pagi sayang…” ucapnya sambil mencium dahi Alia…
“Ehhh apa awak buat kata sini ni…” jawab Alia terkejut bila Ajmal ada disisinya. Alia terus duduk ditepi katil sambil menarik selimutnya seperti orang ketakutan… “Dah pegilah mandi nanti boleh berjemaah bersama…” Ajmal berkata kepada isterinya.
Pada saat itu baru Alia perasan yang dia sebenarnya terlewat bangun jika tidak dia lah yang akan bangun dulu dari suaminya… Alia terus meluru ke bilik air untuk membersih kan diri dan berwuduk untuk menunaikan tanggungjawabnya pada yang maha Esa…

Pagi itu, Ajmal menikmati hidangan sarapan yang disediakan Alia dengan begitu selera sekali…
“Sayang, hari ni abang mungkin balik lewat… kena replace Dr Sulaiman untuk satu minor operation…” beritahu Ajmal langsung menjamah sandwich tuna ditangannya…
"Hmmm…"
"Hei, kenapa isteri abg ni? Ada masalah ke?"...
Alia mengeleng dan melemparkan senyuman pada suaminya... tiba tiba dia terasa tidak mahu melepaskan suaminya hari itu... dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu... pelik!! Tapi itu yang dia rasainya pada waktu itu...
"Oklah... terima kasih dengan sarapan ni... abg pergi kerja dulu nanti dah selesai operation abang terus balik yea...” Ajmal menghulurkan tangannya. Sekali lagi dia mencium dahi isterinya setelah tangannya itu dikucup lembut oleh Alia...

Sebaik sahaja Mini Coopernya berhenti di hadapan Mutiara Medical Centre. Ajmal terpandang sebuah kereta BMW 318i milik Dr Sulaiman sudah pun menjalar disitu...
”Ehh ada pulak mamat sorang ni?” soalnya dalam hati sambil berlalu menuju ke pintu utama Mutiara Medical Centre... Ajmal masuk kepintu lif dan butang 2 ditekan. Dia seorang saja yang ada dalam lif dan menanti pintu lif dibuka ditingkat tersebut... Dia terus meluru kebilik Dr Sulaiman sejurus pintu lif itu terbuka...
”Awal sampai?... tak jadi ke outstation ke JB?...” Tanya Ajmal yang terus menerjah Sulaiman dibiliknya...
”Tak jadilahh... pembedahan tu kena tunda dulu.. keadaan pesakit tak berapa stabil...” jawab Sulaiman...
”Kalau macam tue, pembedahan hari ni still nak suruh aku yang handle?”
” Aku rasa ada baiknya lagpun semua procedure ko dah brief kat semua nanti kalau aku yang ganti... ada yang tak kena susah...”
”oklah kalau dah macam tu... pegi dulu...” Ajmal terus berlalu menuju ke biliknya sendiri untuk memulakan tugasan...

Hari itu pembedahan berjalan seperti yang dijadualkan... Ajmal telah dibantu oleh beberapa orang jururawat termasuk pembantunya Zahra. Kerja kerja pembiusan telah dilakukan oleh Zahra sendiri bagi memastikan pesakit tidak berasa apa apa sewaktu pembedahan dijalan. Pembuangan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak pesakit telah mengambil masa selama 2 jam dan dilakukan secara berhati hati untuk memastikan tiada sebarang komplikasi terhadap pesakit. Dan akhirnya pembedahan itu tamat pada pukul 10.00malam. Setelah selesai semuanya Ajmal terus bergegas pulang kerumahnya bersama Dr Sulaiman yang kebetulan ingin tumpang bermalam dirumahnya....