Dari Anas r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda "apabila seseorang mukmin diuji oleh ALLAH dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, ALLAH Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya : Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpannya itu, Tuhan jadkan ia hidup berkeadaan baru bersih suci dari dosanya dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya" Ibnu Abi Syaibah, Iman Ahmad dan Baihaqi...
Ulasan Hadith
Sekiranya seseorang itu ditimpa kemalangan maka hendaklah ia menerima kejadian itu dengan tabah hati dan bersabar kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan kepadanya. diantara kebaikan-kebaikan itu ialah : Jika ia biasa mengerjakan sesuatu amal yang baik semasa ia berkeadaan sihat, kemudian ia tidak dapat mengerjakannya disebabkan bencana yang menimpannya, maka ALLAH S.W.T perintahkan malaikat penulis amalnya supaya menuliskan untuknya amalnya yang baik yang tidak dapat dikerjakan itu. Yang kedua, jika ALLAH S.W.T hapuskan kesan-kesan bencana yang menimpanya itu, maka Tuhan jadikan bencana itu sebagai "Kaffarah" yang menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu serta dijadikan hidup berkeadaan baru, suci bersih dari dosa. Jika ALLAH S.W.T sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia diberikan ampun dan dilimpahkan rahmat kepadanya. Hakikat ini ditegaskan oleh Rasullullah S.A.W dalam satu hadisnya yang lain bermaksud "Tiap-tiap seorang hendaklah menggunakan masa sihatnya untuk mengerjakan amal-amal salih dan sekirannya ia ditimpa bencana maka hendalah ia menerima dengan bersabar"