Thursday, May 10, 2007

Menyatakan rasa kasih...

Daripada Miqdam bin Ma'di Kariba r.a, Nabi S.A.W bersabda :
"Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya"... Hadith Riwayat Abu Daud dan Al Termizi

Ulasan Hadith
Apa yang berlaku pada kita hari ini, jika kita sayang pada sahabat kita, kita tidak melahirkannya dengan kata-kata. Kita malu untuk berbuat demikian kerana khuatir sekiranya sahabat yang mendengar kata-kata. Sedar atau tidak bahawa dengan kata-kata tersebut dapat mengeratkan lagi ikatan ukhwah sesama kita. Bukan redha manusia yang dicari, akan tetapi redha Allah S.W.T. Antara perkara yang boleh membawa kepada redha Allah ialah dengan berkasih sayang sesama manusia. Akan tetapi, ingatlah kasih sayang ada batasannya dan jangan disalah gunakan. Bukan sekadar dengan sahabat-sahabat , akan tetapi anjuran Nabi S.A.W ini juga boleh dipraktikkan didalam keluarga, kepada suami, isteri, ibu, bapa, anak-anak, adik beradik dan sebagainya... Wallahua'lam...