"SEPERTI YANG KITA TAU AL-RAZI TELAH MENDAPAT KUMPULAN PALING MENYERLAH A.K.A THE BEST GROUP PADA FAMILY DAY KITA BULAN LALU. ELIZA SELAKU KETUA KUMPULAN TELAH MEMBELANJAKAN VOUCHER YANG DITERIMA UNTUK 'SPECIAL AND SURPRISE GIFT' UNTUK SETIAP AHLI AL-RAZI YANG TELAH MEMBAYAR YURAN KEAHLIAN" .
menyampah plak aku baca statement yang diorg hantar dalam email ne (sila baca yg kat atas tue)... macamlah aku dan orang yg tak bayar tue hadap sangat dengan "surprise gift" yang diorg sediakan ne... kalau setakat "suprise gift" tue coklat, aku pun boleh beli ehehe... dekat rumah tue pun ada berapa bar yang aku tak makan2 lagi... kesudahannya mahu mulut tong sampah yang makan agaknye... hihihi....
Hadiah group paling menyerah pun bukannya banyak sangat... kalau setakat voucher RM170 nak share 55org... apa yang dapat?!
owhhh yerrr.... COKLAT
oklah kot Ferro Rocher 3 bijik...
entah2 coklat2 yang tempah tue kot?...
hahaha uwekkk!! tak sedap langsung...
kenapa tak bagi jer email ne pada yang "TELAH MEMBAYAR YURAN KEAHLIAN" kan?... kenapa hantar kat aku dengan bebudak yg tak bayar tue sekali... email korang ne memang menyemak INBOX aku tau!... dah tue guna tulisan block... merah plak kalernye... seolah2 macam menyindir pada kami yang tak bayar (dlm blog ne mmg tak boleh nak kalerkan sbb old style lah untuk new post... mmg tak boleh nak tukar apa2)... mengong!!
alahhhh ni pasal kes Family Day yang office buat last month... pihak committee adalah sediakan beberapa group untuk outdoor activities...disebabkan tahun ni aku join family day office, aku pun terbabit samalah... dipendekkan cerita, tuppp2 aku terima email dari ketua group, suruh setiap ahlinya bayar RM35.00. terkejut jugak aku, company dah sediakan macam2 kenapa mesti bayar lagi RM35 tue?... so aku reply the email minta perjelasan... dapat penjelasan pula macam HARAM!!.. apa lagi memang aku taknak bayarlah... cuba aku tanya tue explain properly biar aku faham, mungkin aku bayar juga walaupun aku tak berapa setuju....
memang sepanjang Family Day hari tue, aku dan MyBee banyak buat aktiviti sendiri...
aku harap tahun depan aku bukan group dengan korang lagi... aku BENCI!! cara diorg manage the group... sekian