Hehehe sekarang nie ramai betul yang sibuk dengan Drama Nora Elena kat TV3 tue kan?... sebenarnya sibuk dengan keromantikan Seth Tan lakonan Aaron Aziz tue kan?...kan?..kan..? hahaha... nasib baik aku tak fanatik and duduk depan TV menunggu cerita itu ditayangkan... on and off jer! rasa nak tengok... aku tengok... kalau malas aku tutup TV... lagi2 bila suami sendiri tak suka menonton Drama2 melayu seperti ini... hahaha
secara realitynya memang agak susah nak jumpa lelaki jenis2 mcm Seth Tan ne tapi sebenarnya ada tau... cuba cari betul2 mesti jumpa!! hehehe...
* romantik tak kalau tolong bukakan pintu kereta utk isteri?...
* tolong tarikan kerusi dimeja makan utk isteri?...
* ermmm tolong isteri basuhkan pinggan lepas makan?...
* tolong isteri masukkan kain dlm washing machine?...
* sometimes tolong isteri jemurkan kain?.....
* lagi... tolong isteri vacuumkan rumah...
* tolong isteri lipatkan kain...
* tolong buatkan breakfast untuk isteri... and isteri bangun2 tidur tinggal makan jer?... dan macam2 lagi yang suami buatkan untuk isteri....
BEST kan?!
rasa2nya aku jumpa lelaki seperti ini.... "terima kasih abang, untuk semuanya... LOve you so much!!..."
romantik ni pengertiannye LUAS... romantik tue bergantung pada keadaan, waktu, situasi, dan lain2... rasanya lelaki tak perlu pun romantik sangat! yang penting, mereka itu memahami... bertindak pantas (peka) terhadap perkara2 remeh dan sanggup bersusah payah untuk orang yang mereka sayangi... hehe (betul ke apa aku katakan ne? yelah kot... itu yang aku rasalah... orang lain aku tak tahu...)
Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Amin (Ya Allah perkenankan doaku)