Friday, August 12, 2011

Lupa ketika berpuasa...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ (صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ. (رواه مسلم

Maksudnya :Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa lupa semasa ia sedang berpuasa, lalu ia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, sebenarnya ALLAH jualah yang telah memberi makan dan minum kepadanya" (Riwayat Muslim)

HURAIAN HADIS :
Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan tidak dibenarkan mereka makan dan minum dari terbit matahari hinggalah terbenam matahari, namun jika sekiranya orang yang berpuasa makan atau minum dengan tidak sengaja, samada kerana lupa atau kerana dipaksa dan sebagainya, maka itu tidak membatalkan puasa. Begitu juga dalam perkara-perkara yang lain. Jika orang yang berpuasa melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa secara tidak sengaja atau lupa, perbuatan tersebut juga tidak membatalkan puasanya. Puasanya tetap sah sehinggalah tiba waktu berbuka puasa. WALLAHUA’LAM.