Thursday, September 22, 2011

SmufingLOve Sausage Egg...

Hehehe pagi tadi aku buatkan breakfast untuk hubby sosaj yang aku bentukkan menjadi LOve so I call that as "SmufingLOve Sausage Egg"

nama tu aku yang bagi ok... jgn tiru2... hahaha
sebab orang sebarkan resipi tue hanya tulis "hot dog bermata kerbau"
hahahaha kelakar jer bunyinya kan?...
tapi memang good idea orang yang cipta resipi tue... barulah nak makan pun berselera kan? ehehe... lagipun resipi ni memang senang sangat2 nak buat... tue yang try pagi tadi... hahaha menjadi plak tue kan...

nah amik resipinya
10 batang sosaj
2 biji telur ayam
garam
minyak untuk mengoreng
lidi pencungkil gigi

Cara membuatnya
setiap sosaj itu dibelah tengah2 dan tinggalkan sedikit hujungnya supaya still melekat... bentukkan menjadi LOVE dan cucuk pencungkil gigi dihujungnya... kemudian, telur ayam tadi di pukul dan diletakkan secubit garam... panaskan kuali leper dan letakkan sedikit minyak... letak kesemua sosaj yang dibentuk tadi kedalam kuali... dan curahkan telur di tengah2... goreng sehingga masak dan bolehlah diangkat dan dihidang...(sebenarnya telur yang digunakan adalah telur puyuh, tapi mana nak carikan pagi2 buta, so gantikanlah dengan telur ayam...)

"nyum nyum..thanks sayang..hehe..Sume org nak tgk time abg bukak td..sume org puji ayang..hehehe.. :-*"

** sori, aku tak ambil gamba sosaj yg aku masak, tapi aku copy paste gamba dlm email tue, dah tengok gamba confirm boleh buat kan? hehehe

Wednesday, September 21, 2011

baby bOy...

malam tadi aku mimpi dapat seorang bayi lelaki... bukan aku yang melahirkannya tapi mak mertua aku yang kasi bayi lelaki itu untuk dijadikan sebagai anak angkat

cantik wajahnya...
berkulit putih...
sangat comel dan berambut lebat

dalam mimpi tue lama sungguh aku amati wajahnya...
tak jemu2 aku tengok! ehehehe
comel sangat2 tau!!

apalah makna mimpi ni kan? rezeki besar ke? alhamdulillah kalau betul tapi lagi best kalau betul2 dapat bayi lelaki... akulah org paling gembira... haha

could i be a good mother?
and if i could, how would my baby looks like?.... heeeeeee~

aku mahu namakan dia "Mohd Mishary Al Efasy" semOga dia menjadi tokoh agama yang paling HEBAT dan disengani...
Amin...

Friday, September 16, 2011

Jangan haraplah!!!...

Dia salam aku waktu nak balik sambil kata "nanti jumpa lagi"
Hah! Jumpa lagi?
Huhhh jangan harap!!!
Takkan dah ludah nak jilat balik kot?
Malulah sikit kan?...

Boleh plak terjumpe dia kat umah tue, aku pun tak sangka membe aku tue ajak dia, kalau aku tahu, baik aku datang lambat2... Malam2 pun ok kan biar tak tengok muka dia tue... Tp aku tau ada sesi luahan rasa time aku datang tue tp apa aku pedulik sbb aku rasa aku tak bersalah!...

Dah kutuk ngata aku bukan2 pastu ungkit bagai nak mati
Sorrylah aku nak bagi peluang lagi...Cukup aku bagi dia 2 peluang utk jadi kawan aku lgpun dia dah buat keputusan bagus dgn buang aku dari hidup dia, aku pun dah malas nak explain nanti banyak sangat ungkitan sbb nak puaskan hati dia...

Jangan muncul dalam hidup aku lagi FAHAM!!...
Noktahhh...


Update via blackberry...

Tuesday, September 6, 2011

Indecent behaviOr...

Kalau tak sebab rasa hormat aku pada her parents, tentu aku dah sound dia kat situ jugak... tak sempat lagi aku betulkan kedudukan tetiba keluar pulak suara sumbing!

aku diam kan jer...
tapi dalam hati nyampah plak dengar ayat dia tue...
ingat tempat tue luas sgt ke nak move sana nak move sini dgn mudah...
suka2 hati nak sound orang...
kalau cakap baik2 takpe... ni bahasa kasar!!... keras!!

kalau taknak kawan dengan aku tue takpelah... aku tak heran pun tapi RESPECT lah orang lain kan?...
jangan sampai hati aku mula ada rasa BENCI udah...

ibaratnya kan... kalau dia kurang ajar aku lagi boleh SANGAT KURANG AJAR!! hehehe...
sekian....

Monday, September 5, 2011

lazy...

bila aku nak update blog aku ni?... hurmmmm nantilah bila senang!... banyak benda tapi malas nak story...

chow chin chowwwww jumpa lain kali... ehehehe