Thursday, June 9, 2011

Yang ke dua...

hari nie ulangtahun ke 2 bulan... saja jer hantar bunga dah coklat kat suami... harap2 dia sukalah kan... sebab hari ne dia janji nak bawak aku gie makan sushi kat Hartamas tue.... hahahaha tak sabarnye nak makan sushi banyak2... sedap tau!!!...

"For my beloved hubby, happy anniversary... LOve you much!!! and thank you for everything..."

Wednesday, June 8, 2011

Seth Tan ke suami aku yang rOmantik ni? hehehe...

Hehehe sekarang nie ramai betul yang sibuk dengan Drama Nora Elena kat TV3 tue kan?... sebenarnya sibuk dengan keromantikan Seth Tan lakonan Aaron Aziz tue kan?...kan?..kan..? hahaha... nasib baik aku tak fanatik and duduk depan TV menunggu cerita itu ditayangkan... on and off jer! rasa nak tengok... aku tengok... kalau malas aku tutup TV... lagi2 bila suami sendiri tak suka menonton Drama2 melayu seperti ini... hahaha

secara realitynya memang agak susah nak jumpa lelaki jenis2 mcm Seth Tan ne tapi sebenarnya ada tau... cuba cari betul2 mesti jumpa!! hehehe...
* romantik tak kalau tolong bukakan pintu kereta utk isteri?...
* tolong tarikan kerusi dimeja makan utk isteri?...
* ermmm tolong isteri basuhkan pinggan lepas makan?...
* tolong isteri masukkan kain dlm washing machine?...
* sometimes tolong isteri jemurkan kain?.....
* lagi... tolong isteri vacuumkan rumah...
* tolong isteri lipatkan kain...
* tolong buatkan breakfast untuk isteri... and isteri bangun2 tidur tinggal makan jer?... dan macam2 lagi yang suami buatkan untuk isteri....
BEST kan?!
rasa2nya aku jumpa lelaki seperti ini.... "terima kasih abang, untuk semuanya... LOve you so much!!..."

romantik ni pengertiannye LUAS... romantik tue bergantung pada keadaan, waktu, situasi, dan lain2... rasanya lelaki tak perlu pun romantik sangat! yang penting, mereka itu memahami... bertindak pantas (peka) terhadap perkara2 remeh dan sanggup bersusah payah untuk orang yang mereka sayangi... hehe (betul ke apa aku katakan ne? yelah kot... itu yang aku rasalah... orang lain aku tak tahu...)

Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Amin (Ya Allah perkenankan doaku)

Tuesday, June 7, 2011

X-Men: First Class



baru saja menonton filem ini malam tadi... hehehe so apa lagi marilah kita meriahkan panggung! heeeeeeee ~

mereka tu kenapa??...

aku memang tak faham dengan layanan mereka... setiap kali aku balik kerumah tue mesti ada rasa yang tak kena... dulu boleh juga aku bersuara bertanyakan itu dan ini walaupun aku hanya dapat jawapan ala kadar dan tidak memuaskan hati... kalau orang lain boleh pulak diorg layan elok2?! memang tak faham!!

now! aku dah buat keputusan untuk tidak bertegur sapa dengan mereka tue... buat hal sendiri lagi bagus... as long as mereka tak kacau hidup aku dan aku tak kacau hidup mereka sudah kan?!... :)

Thursday, June 2, 2011

Tanda tanda awal...

Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:
1. Anda tidak didatangi haid.
2. Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
3. Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
4. Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
5. Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
6. Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
7. Anda mungkin membenci makanan.

Ermmm diantara tanda2 diatas ni rasanya ada yang terkena kat diri sendiri...
kalau betul Alhamdulillah... apa2 pun kita tunggu keputusan dari Doktor ok.. hehehe

"sorry abang, hari ni ayang terlupa nak iron baju abang... ingat macam hari ne kena pakai tshirt.. rupanya masih khamis... huhuhu"

Wednesday, June 1, 2011

Hari ini dalam sejarah...

apa yang sedang aku lakukan hari ini?...

1. delete semua entry yang ada dalam blog ini sebab kalau aku baca balik semuanya rasa KELAKAR...haha
2. post semua cerita2 baru untuk blog ini kerana yang penting adalah masa yang berlaku sekarang dan bukannya apa yang terjadi diwaktu dulu...
3. kumpul dan baca artikal tentang kehamilan.. hehehe rasa tak sabar nak jadi seorang ibu... mudah2an dimurahkan rezeki oleh Allah... "Allah, beri saya baby boy yer... hehe"
4. tengah makan koko krunch ne... hehehe
5. dah juga minum susu dutch lady full cream... sempena hari susu sedunialah katakan hahahaha....
6. lagi?... ermmmmm tengah mengadap PC lah ne nak update blog.. huhuhu

oklah... itu jer kot buat masa ni... nanti aku update lagi