Tuesday, May 22, 2007

Perhubungan...

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi S.A.W bersabda "sesiapa yang ingin rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturrahim (dengan ihsan)". Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Ulasan Hadith
Antara kebaikan menjalinkan hubungan silaturahim sepertimana yang dinyatakkan oleh Rasulullah S.A.W ialah diluaskan rezeki dan dipanjangkan usia. Realiti masyarakat hari ini, terlalu sedikit orang yang melakukan sebagaimana yang dinyatakan. kadangkala berlaku, jiran sebelah rumah sendiri tidak dikenali. Masih wujud dikalangan kita yang mengambil sikap berdiam diri dan berseorangan serta tidak bergaul dengan sahabat-sahabat lain. Kita tidak perlu mempunyai sifat peramah dan pandai bergurau untuk menjalinkan hubungan sesama rakan, sekadar senyum sahaja itu pun sudah mencukupi. Renungilah hadith diatas dgn mata hati, apabila sudah mengetahui ganjaran yang akakn diterima kerana menjalikan hubungan silaturrahim, sudah pasti tidak ada seorang pun yang akan melepaskan peluang untuk melakukannya...

Monday, May 21, 2007

Manfaatkan masa itu...

Dari Anas r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda "apabila seseorang mukmin diuji oleh ALLAH dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, ALLAH Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya : Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpannya itu, Tuhan jadkan ia hidup berkeadaan baru bersih suci dari dosanya dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya" Ibnu Abi Syaibah, Iman Ahmad dan Baihaqi...

Ulasan Hadith
Sekiranya seseorang itu ditimpa kemalangan maka hendaklah ia menerima kejadian itu dengan tabah hati dan bersabar kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan kepadanya. diantara kebaikan-kebaikan itu ialah : Jika ia biasa mengerjakan sesuatu amal yang baik semasa ia berkeadaan sihat, kemudian ia tidak dapat mengerjakannya disebabkan bencana yang menimpannya, maka ALLAH S.W.T perintahkan malaikat penulis amalnya supaya menuliskan untuknya amalnya yang baik yang tidak dapat dikerjakan itu. Yang kedua, jika ALLAH S.W.T hapuskan kesan-kesan bencana yang menimpanya itu, maka Tuhan jadikan bencana itu sebagai "Kaffarah" yang menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu serta dijadikan hidup berkeadaan baru, suci bersih dari dosa. Jika ALLAH S.W.T sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia diberikan ampun dan dilimpahkan rahmat kepadanya. Hakikat ini ditegaskan oleh Rasullullah S.A.W dalam satu hadisnya yang lain bermaksud "Tiap-tiap seorang hendaklah menggunakan masa sihatnya untuk mengerjakan amal-amal salih dan sekirannya ia ditimpa bencana maka hendalah ia menerima dengan bersabar"

Friday, May 18, 2007

Rindunya...

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda "Seseorang hamba berterusan mendapat ganjaran solat selagi mana ia berada ditempat solatnya (menanti untuk menunaikan solat)" Riwayat Muslim...

Huraian hadith
Orang Mukmin yang sejati adalah orang yang sentiasa menunggu waktu solatnya kerana terlalu RINDU untuk bertemu dengan Allah. Ia akan sentiasa bersiap sedia untuk menunaikan kewajipannya kepada Yang Maha Esa walaupun dalam keadaan sibuk sekalipun. Hadis di atas menggambarkan betapa besarnya ganjaran kepada mereka yang menunggu-nunggu untuk solat. Justeru, sepatutnya setiap daripada kita mempunyai hati yang sentiasa RINDUkan Allah SWT...

Thursday, May 10, 2007

Menyatakan rasa kasih...

Daripada Miqdam bin Ma'di Kariba r.a, Nabi S.A.W bersabda :
"Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya"... Hadith Riwayat Abu Daud dan Al Termizi

Ulasan Hadith
Apa yang berlaku pada kita hari ini, jika kita sayang pada sahabat kita, kita tidak melahirkannya dengan kata-kata. Kita malu untuk berbuat demikian kerana khuatir sekiranya sahabat yang mendengar kata-kata. Sedar atau tidak bahawa dengan kata-kata tersebut dapat mengeratkan lagi ikatan ukhwah sesama kita. Bukan redha manusia yang dicari, akan tetapi redha Allah S.W.T. Antara perkara yang boleh membawa kepada redha Allah ialah dengan berkasih sayang sesama manusia. Akan tetapi, ingatlah kasih sayang ada batasannya dan jangan disalah gunakan. Bukan sekadar dengan sahabat-sahabat , akan tetapi anjuran Nabi S.A.W ini juga boleh dipraktikkan didalam keluarga, kepada suami, isteri, ibu, bapa, anak-anak, adik beradik dan sebagainya... Wallahua'lam...