Friday, August 14, 2009

taubat sebelum mati...

عن عبد الله بن مسعود رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال : الندم توبة

Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda: “ Penyesalan adalah taubat”. (Riwayat Ibnu Majah)

TAUBAT ialah memohon kempunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa yang telah dilakukan oleh seseorang hamba dan berazam untuk tidak mengulangi segala kesalahan dengan bersungguh-sungguh disertai penyesalan yang benar-benar ikhlas kerana ALLAH SWT.

Setiap manusia tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan, apabila manusia berbuat dosa dengan tidak sengaja mahupun sengaja maka ianya tidak akan terbebas daripada dosa tersebut melainkan dengan TAUBAT. ALLAH SWT sangat cinta kepada TAUBAT hamba-hambaNYA

Dosa merupakan belenggu yang meresahkan bagi setiap manusia lebih-lebih lagi mereka yang memiliki keimanan, ketika iman meningkat kita sentiasa terpelihara daripada dosa, namun ketika ianya sedang menurun, kita sering terjatuh ke dalam dosa kerana lemahnya keimanan kita kepada ALLAH SWT.

Mengapa kita perlu BERTAUBAT? Berapa banyak? Sampai bila? Dan untuk apa? Jawapannya ialah MATI kerana IANYA tidak mengenal siapa, bila dan di mana,MATI yang paling ditakuti ialah mati sebelum sempat bertaubat, MATI dalam keadaan membawa dosa terhadap ALLAH dan manusia, MATI sebelum sempat membawa bekalan yang cukup, MATI tiba-tiba, tanpa disangka...NAUZUBILLAH..

TAUBAT dan MATI sematkan dihati agar bahagia menanti diakhirat yang abadi..

WALLAHU’ALAM

*** Barangsiapa yang berfikir nescaya dia akan mengetahui