عن أبى طلحة بن عبيد الله أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رأى الهلال قال : َاللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا ِباْلأَمْنِ وَالإِْيْمَانِ
(وَالسَّلاَمَةِ وَالإْ ِسْلاَمِ, رَبِّيْ وَرَبُّكِ اللهِ هِلاَلُ رُشْدٍ وَخَيْرٍ . ( رواه الترمذى
Dari Thalhah bin Ubaidillah, sesungguhnya bila Nabi SAW melihat hilal, Baginda SAW berdoa ;” Wahai Tuhan yang telah menampakkan awal bulan kepada kami dengan aman dan iman, dengan selamat dan Islam, Tuhanku dan Tuhanmu adalah ALLAH, hilal yang benar dan baik. “ ( Riwayat Tirmizi )
ULASAN HADIS :
1. Setiap kali Rasulullah SAW menyaksikan terbitnya anak bulan Ramadhan yang disebut hilal, Baginda SAW akan mengucapkan doa sepertimana di atas. DOA ini tidak hanya Baginda mengucapkan ketika hilal di bulan Ramadhan sahaja, tetapi juga Baginda SAW ucapkan pada bulan-bulan yang lain.
2. Dusebutkan DOA ini adalah untuk menyempurnakan sambutan kita yang bakal tibanya bulan Ramadhan.
3. Tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan memasuki bulan PESTA IBADAH yang mengampunkan segala dosa hamba, memakbulkan setiap permintaan, membelenggu seluruh syaitan, mengandakan pahala hamba, melepaskan diri setiap hamba daripada api neraka. Justeru itu, marilah sama-sama kita persiapkan hati dan diri, menangis kerana bersyukur jika dipanjangkan usia hingga bertemu pada bulan Ramadhan yang akan tiba, ketawa jika kita masih lagi terpilih untuk beramal sekiranya kita bertemu dengan Ramadhan. Sambutlah dengan penuh keimanan dan muhasabah. AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, sungguh kami tidak sabar untuk berada di dalam bulan Ramadhan...WALLAHU’ALAM
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa... :)