Thursday, July 28, 2011

Jangan sia siakan hidup...

Firman ALLAH SWT bermaksud : “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh ALLAH) dan (ingatlah), ALLAH sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.“ (Surah Al Baqarah : 96)

ULASAN AYAT
1. Masa berlalu dengan cepat meninggalkan kita. 40 atau 50 tahun yang lalu kita seorang bayi yang tidak tahu apa-apa kecuali tangisan. 15 atau 20 tahun selepas itu kita seorong remaja yang mempunyai ramai kenalan dan sahabat handai. Kemudian kita menjadi dewasa menempuh banyak pengalaman pahit manis. Dan akhirnya kita menjadi seorang tua yang sudah lemah anggota dan tidak setampan atau secantik dulu. Ketika itu orang ramai sudah menjauhkan diri dari kita, bahkan anak-anak kadangkala tidak suka bergaul atau melayan kita seperti biasa.

2.Inilah hakikat hidup yang dikatakan tipu daya. Tidak ada yang kekal. Ingatlah amaran ALLAH telah tiba, bahawa dunia akan meninggalkan kita dan kita sedang menuju alam lain iaitu alam kubur (barzakh) dan kemudian ke alam akhirat yang abadi. Di alam inilah kita akan hidup selama-lamanya. Kita akan tinggal di syurga atau neraka, bergantung kepada amalan semasa hidup di dunia.WALLAHU’ALAM