Firman ALLAH SWT bermaksud : “maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia”. ( Surah Luqman : 33 )
ULASAN AYAT:
1. Kunci kebahgiaan itu terletak dalam berjaga-jaga, berhati-hati serta berfikiran cerdik, kerana sumber kecelakaan ialah terletak pada ( penipuan dalam kelalain ). Orang yang tertipu biasanya berlaku disebabkan kecuaian dan kelalaian secara adatnya. Orang yang tertipu juga juga adalah disebabkan mata hatinya tertutup untuk mendapat petunjuk.
2. Manusia sering tertipu dengan dunia, nafsu dan syaitan. Sekalipun dia seorang yang berjawatan besar, mewah, berilmu, dan siapa jua akan tertipu dengan perkara-perkara yang disebutkan di atas. Hanya iman dan hati yang terbuka sahaja yang mampu menepis penipuan ini.
3. Jangan mengira bahawa dirinya sudah mencapai kebahgiaan jika masih lagi ditipu oleh dunia dan seisinya. Mungkin bahagia namun hanya sementara, di akhirat kelak kita akan merasa bahawa sesungguhnya kita ditipu dan merasakan bahawa akhiratlah yang sebenarnya. Maka ketika ini tiada berguna lagi. Berhati-hatilah agar kita semua tidak ditipu oleh dunia. WALLAHU’ALAM