Maksudnya : Dari Hafsah, Ummul Mukminin r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak berniat pada malam hari sebelum terbit fajar (untuk berpuasa pada hari esoknya) maka ia tidak dikira berpuasa" (Riwayat Tirmizi dan lain lainnya)
HURAIAN HADIS :
1. Niat merupakan perkara penting dalam melakukan ibadah. Pahala yang kita perolehi adalah berdasarkan apa yang kita niatkan. Jika baik niat kita, baiklah yang kita akan dapat. Begitulah sebaliknya. Puasa wajib memerlukan niat dan hendaklah kita berniat di malam hari, sebelum terbit fajar.
2. Niat di dalam melakukan ibadah adalah perkara yang harus dititikberatkan, kerana ianya adalah pembeza segala perbuatan hamba samada ianya menjadi sah, batal, wajib, sunat dan sebagainya.
3. Jangan menjadikan segala amalan kita sia-sia, pastikan segala yang dilakukan benar mengikut hukum hakam yang sahih untuk diamalkan agar amalan kita diterima oleh ALLAH. WALLAHUA’LAM.