Hari ni nasib tak berapa nak baik...
pagi2 datang kerja ada plak sorang mamat sengal! pegi langgar kereta aku dari belakang...
DUMMMMMM!!!
adoiiiiiiiiii kena langgar!!
aku keluar kereta... tengok apa jadi...
laaaaaa calar jer...
tapi bengang jugalah kan...
teksi depan kereta aku ni belum jalan lagi...
dia boleh pula tekan padel minyak kereta...
tp teksi depan tue pun sengal jugak...
dah tahu lampu dah hijau... boleh buat bodoh!...
WRH 6058
Proton Persona
ko dah langgar kereta aku... maaf pun ko tak cakap kan?
nanti aku cari ko thru JPJ...
sengal lah ko nih!!!!.....
Friday, August 19, 2011
Friday, August 12, 2011
Lupa ketika berpuasa...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ (صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ. (رواه مسلم
Maksudnya :Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa lupa semasa ia sedang berpuasa, lalu ia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, sebenarnya ALLAH jualah yang telah memberi makan dan minum kepadanya" (Riwayat Muslim)
HURAIAN HADIS :
Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan tidak dibenarkan mereka makan dan minum dari terbit matahari hinggalah terbenam matahari, namun jika sekiranya orang yang berpuasa makan atau minum dengan tidak sengaja, samada kerana lupa atau kerana dipaksa dan sebagainya, maka itu tidak membatalkan puasa. Begitu juga dalam perkara-perkara yang lain. Jika orang yang berpuasa melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa secara tidak sengaja atau lupa, perbuatan tersebut juga tidak membatalkan puasanya. Puasanya tetap sah sehinggalah tiba waktu berbuka puasa. WALLAHUA’LAM.

Thursday, August 11, 2011
Jaga batas larangan di Bulan Ramadhan...
Sabda Rasulullah S.A.W.:"Barangsiapa mengerjakan puasa bulan Ramadhan sedang ia mengetahui batas-batas larangannya, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasanya, (maka dengan itu) akan diampunkan dosanya yang telah lalu .. Riwayat Baihaqi dan Ibnu Hibban)
HURAIAN HADIS :
Bagi orang yang berpuasa ianya bukan setakat menahan lapar dan dahaga, malah menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, bahkan ianya dituntut untuk mengetahui hukum-hukum syarak mengenainya, kerana dengan itulah sahaja ia dapat menjaga diri dan mengawal hawa nafsunya daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasanya atau merosakkan pahalanya. Sesungguhnya mereka yang berpuasa dengan mematuhi segala rukun, syarat sah dan batalnya puasa dengan penuh keimanan maka dia akan memperolehi keampunan dari ALLAH SWT sepertimana yang telah dijanjikan.Peliharalah puasa dengan sebaik-baiknya. Pastikan seluruh anggota badan sama-sama ’berpuasa’. WALLAHU’ALAM

Wednesday, August 10, 2011
Fear ALLAH...
“And fear ALLAH” ( Al Baqarah : 282 )
SUMMARY OF CHAPTER :
ALLAH - by virtue of His Greatness - should be feared, as has been enjoined time and again in Quran as well as ahadith. Abbas the uncle of our blessed Holy Prophet has related that once he and others were sitting under a tree with the Holy Prophet when dry leaves began to fall from the tree till only green leaves remained. The Holy Prophet said. "This (tree) is like a believer who trembles with fear of ALLAH and so sheds his sins leaving behind only good deeds". ( Kitab AITarghib Baihaqi). To create fear of ALLAH, we should think of His Power and Greatness, of the straits of earlier ummahs and of the chastisement mentioned in Quran and hadith for the disobedient ones. This shall create ALLAH's fear in the heart and prevent one from wrongdoing, sinning and unlawful acts, and one shall attain piety which is the basis of all good and of deliverance and salvation in this world and in the next. May ALLAH grant unto us the opportunity for it all Amen. WALLAHU’ALAM

Tuesday, August 9, 2011
Yang ke empat...
Hari ni kitorang akan sambut ulangtahun ke 4 bulan di SugimOto Restaurant... hahaha makan sushi lagi aku kali ne...
nyam...nyam... dah lapar perot aku! hehehe...
"Thanks abang sbb nak belanja ayang makan sushi lagi..."
kalau korang nak tahu, kat sinilah the best sushi yang aku penah makan... so kalau korang nak pegi ni addressnye:
36-1 & 38-1, Jalan 27/70A,
Desa Sri Hartamas,
50480, Kuala Lumpur.
Tel: 03- 2300 1102 or 03-2300 1202
Khasiat kurma...
Dari Salman bin `Amir al-Dabiy r.a., dari Nabi Muhammad SAW sabdanya: "Apabila seorang dari kamu berbuka puasa, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma, kerana buah kurma itu ada berkatnya (banyak khasiatnya). Kalau orang itu tidak dapat buah kurma maka memadai juga dengan air sejuk, kerana air itu bersih lagi membersihkan".(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
HURAIAN HADIS :
Perintah Baginda supaya umatnya berbuka puasa dengan buah kurma ialah perintah sunat, malah Baginda sendiri mengamalkannya. Tidak dapat dinafikan bahawa buah kurma, banyak faedah atau khasiatnya. Ia dapat memberi tenaga kepada tubuh badan kita.Demikian juga halnya air sejuk yang sedia diketahui oleh umum tentang faedahnya kepada tubuh badan dan perjalanan darah. Amalkanlah berbuka dengan buah kurma. Bukan sahaja kita dapat mengikuti sunnah Rasulullah SAW malah kita dapat menjaga kesihatan diri. WALLAHU’ALAM.

Subscribe to:
Posts (Atom)