عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ.
(رواه مسلم)
Maksudnya: Dari Abu Hurairah R.A., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah SAW bersabda: "ALLAH Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa, (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya) .."(Riwayat Muslim)
Amalan puasa mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi ALLAH. ALLAH SWT akan memberikan ganjaran yang sangat istimewa kepada hambaNya yang melakukannya dengan ikhlas. Amalan puasa yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH amat besar pahalanya dan hanya ALLAH sahaja yang dapat menilai dan memberi balasan yang sepadan dengannya. Dalam kita berpuasa, janganlah kita lupa untuk melakukan amal kebajikan yang lain seperti sedekah, Qiyamullail dan sebagainya. Amalan-amalan inilah yang akan menampung kekurangan kepada puasa kita. Jagalah puasa serta amalan fardhu yang lain seperti solat. Kemudian tambahkan dengan amalan-amalan sunat. Semoga kita memperolehi rahmat serta keampunan daripada ALLAH SWT