Thursday, August 27, 2009

sahur! sahur!...

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً.

Dari Anas, berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu ada berkah”.(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Sunat bagi orang yang berpuasa makan sahur walaupun hanya dengan seteguk air. Sebaik-baik waktu bersahur ialah ditakhirkan (diakhirkan). Puasa seseorang akan lebih bertenaga dengan mengambil sahur kerana keberkatan yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW. Bersahur bukanlah semata-mata bermakna bangun dan makan tetapi ia juga suatu bentuk didikan bahawa perlunya persiapan fizikal untuk melakukan ibadat kepada ALLAH SWT. Janganlah hanya bangun makan sahur semata-semata, dikesempatan yang paling baik ini, lakukanlah solat-solat sunat atau membaca Al-Quran dan sebagainya, kerana keindahan beribadah ketika ini berbeza dengan beribadah disiang hari, hanya dapat dirasai bagi mereka yang melaksanakannya.Sama-samalah kita mengejar keberkatan yang dijanjikan dan teruslah meng’imarahkan Ramadhan dengan amal-amal kebaikan.