عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة
Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".(Riwayat Bukhari)
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa sesungguhnya pintu-pintu Syurga akan terbuka apabila tibanya Bulan Ramadhan. Keistimewaan yang terdapat dalam Bulan Ramadhan hanya diberikan kepada ummat Muhammad SAW. Pada bulan ini, segala amalan digandakan, segala permintaan dimakbulkan, setiap amal kebaikkan yang kita lakukan berlipat kali ganda ganjaranya dan yang paling besar ialah PINTU-PINTU SYUGA DI BUKA menandakan besar dan agungnya Ramadhan disisi ALLAH buat kita yang hina ini. Terbukanya pintu syurga turut memberi erti bahawa di bulan ramadhan ini ALLAH SWT menyediakan pelbagai peluang dan ruang untuk meraih pahala daripadaNya dengan melakukan pelbagai amalan soleh seperti berpuasa, berterawih, bertadarus al-Quran, bersedekah dan sebagainya. Maka hendaklah kita bersama-sama merebut peluang dan kesempatan ini dengan bersungguh-sungguh dalam ibadah di bulan ini.