Monday, July 18, 2011

Hairan dengan keadaan manusia...

Firman ALLAH SWT bermaksud : “( Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat .perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan (Surah Al Ahzab : 72)

ULASAN AYAT
Pelbagai keadaan manusia pada hari ini. Ada yang sering menzalimi diri mereka dan kadangkala melakukan kezaliman kepada orang lain. Adalah menjadi sesuatu yang amat menghairankan jika ada di kalangan mereka yang sentiasa bermuhasabah dan sentiasa mengingati mati. Ada ketikanya kita hairan melihat orang yang sudah mengetahui bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa, orang yang sudah mengetahui bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya, orang yang sudah mengetahui bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu, orang yang sudah mengetahui bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta sehingga lupa pada ALLAH. Kita juga hairan melihat orang yang mengetahui akan azabnya neraka, tetapi masih melakukan dosa, orang yang sudah mengenal ALLAH dengan yakin, tetapi masih mengingati selainNya, orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mengikuti jejak langkahnya. Justeru, tanyalah pada diri kita, adakah kita juga termasuk dikalangan mereka? Bersamalah kita berusaha bagi memastikan diri kita tidak termasuk di dalam golongan yang lalai lagi menzalimi diri sendiri. WALLAHU’ALAM.

Friday, July 8, 2011

Malam pertama...

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). (99) Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. (100)- Surah Al Mukminun-

ULASAN AYAT
:
1. Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! Pernahkah engkau melihat kubur? Pernahkah engkau melihat gelapnya kubur?Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu? Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

2. Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para Ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. "Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi ALLAH, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?" Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

3. Diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100) Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada ALLAH!.WALLAHU’ALAM

Yang ke tiga...

Esok kitorang akan menyambut Anniversary sempena perkahwinan kitorang yang ke 3 bulan... so I buy him muffin polka dot (ada inti coklat) and cheese tart (kegemaran hubby) dan sekeping card... dan tak lupa juga trade mark kitorang anak patung moo moo hehehe.... nak buat aksi romantik memang tak bape pandai... tapi dengan cara2 camne oklah agaknye kan? I hope he like it nanti... ehehe

"To my beloved hubby, Happy Anniversary... semoga kebahagian ini kekal sampai bila2..."

dan lagu ini aku tujukan khas untuk hubby yang paling2 aku sayangi...




NOTA : Senikatanya penuh mendalam dan bermakna... tapi video clip ne kurang sesuailah sikit yer...takpelah yer huhuhu

Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Thursday, July 7, 2011

Jangan terpedaya...

Firman ALLAH SWT bermaksud : “maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia”. ( Surah Luqman : 33 )

ULASAN AYAT:
1. Kunci kebahgiaan itu terletak dalam berjaga-jaga, berhati-hati serta berfikiran cerdik, kerana sumber kecelakaan ialah terletak pada ( penipuan dalam kelalain ). Orang yang tertipu biasanya berlaku disebabkan kecuaian dan kelalaian secara adatnya. Orang yang tertipu juga juga adalah disebabkan mata hatinya tertutup untuk mendapat petunjuk.

2. Manusia sering tertipu dengan dunia, nafsu dan syaitan. Sekalipun dia seorang yang berjawatan besar, mewah, berilmu, dan siapa jua akan tertipu dengan perkara-perkara yang disebutkan di atas. Hanya iman dan hati yang terbuka sahaja yang mampu menepis penipuan ini.

3. Jangan mengira bahawa dirinya sudah mencapai kebahgiaan jika masih lagi ditipu oleh dunia dan seisinya. Mungkin bahagia namun hanya sementara, di akhirat kelak kita akan merasa bahawa sesungguhnya kita ditipu dan merasakan bahawa akhiratlah yang sebenarnya. Maka ketika ini tiada berguna lagi. Berhati-hatilah agar kita semua tidak ditipu oleh dunia. WALLAHU’ALAM

Wednesday, July 6, 2011

Sentuhan larangan...

Entry ini aku tujukan khas buat seseorang yang aku amat sayangi... bacalah dan fahamilah, bahawasanya bersentuhan diantara sepupu lelaki dan sepupu perempuan or mana2 perempuan adalah salah disisi agama... dan kerana perbuatan itu sangat menguris perasaan aku sebagai seorang perempuan yang amat menyayangimu...

hatiku seperti ditikam2...
susah untuk bernafas...
setiap kali itu jugalah rasa bagai nyawaku tercabut dari badan....

SOALAN: Adakah sentuhan antara sepupu membatalkan wudhu'?

JAWAPAN: bersentuhan antara mereka tanpa berlapik adalah membatalkan wuduk.Sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin. Firman Allah yang bermaksud : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " (Al-Nur : 31)

Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya. Pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud : “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)

Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram. Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya, maka hal ini perlu dijaga batas-batas pergaulan antara sepupu-sepupu. Siksaannya amat berat bagi orang yang melanggar larangan Allah dan Rasulnya.

Friday, July 1, 2011

Outing to PD...

Esok kami akan menghabiskan cuti weekend kami dengan berpicnic di Blue Lagoon PD...

Port Dickson, tunggu kemunculan kami ok!...

Sebelum meninggalkan rumah, sila pastikan plug2 dan pili air hendaklah ditutup sepenuhnya... SAFETY FIRST!!

oklah... Happy Holidays