Wednesday, August 26, 2009

pahala puasa...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ.
(رواه مسلم)

Maksudnya: Dari Abu Hurairah R.A., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah SAW bersabda: "ALLAH Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa, (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya) .."(Riwayat Muslim)

Amalan puasa mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi ALLAH. ALLAH SWT akan memberikan ganjaran yang sangat istimewa kepada hambaNya yang melakukannya dengan ikhlas. Amalan puasa yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH amat besar pahalanya dan hanya ALLAH sahaja yang dapat menilai dan memberi balasan yang sepadan dengannya. Dalam kita berpuasa, janganlah kita lupa untuk melakukan amal kebajikan yang lain seperti sedekah, Qiyamullail dan sebagainya. Amalan-amalan inilah yang akan menampung kekurangan kepada puasa kita. Jagalah puasa serta amalan fardhu yang lain seperti solat. Kemudian tambahkan dengan amalan-amalan sunat. Semoga kita memperolehi rahmat serta keampunan daripada ALLAH SWT

Tuesday, August 25, 2009

pintu2 syurga terbuka...

عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".(Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa sesungguhnya pintu-pintu Syurga akan terbuka apabila tibanya Bulan Ramadhan. Keistimewaan yang terdapat dalam Bulan Ramadhan hanya diberikan kepada ummat Muhammad SAW. Pada bulan ini, segala amalan digandakan, segala permintaan dimakbulkan, setiap amal kebaikkan yang kita lakukan berlipat kali ganda ganjaranya dan yang paling besar ialah PINTU-PINTU SYUGA DI BUKA menandakan besar dan agungnya Ramadhan disisi ALLAH buat kita yang hina ini. Terbukanya pintu syurga turut memberi erti bahawa di bulan ramadhan ini ALLAH SWT menyediakan pelbagai peluang dan ruang untuk meraih pahala daripadaNya dengan melakukan pelbagai amalan soleh seperti berpuasa, berterawih, bertadarus al-Quran, bersedekah dan sebagainya. Maka hendaklah kita bersama-sama merebut peluang dan kesempatan ini dengan bersungguh-sungguh dalam ibadah di bulan ini.

Monday, August 24, 2009

Al Quran diturunkan di bulan Ramadhan...

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ...

Maksudnya: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur`an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .. ".(Surah Al-Baqarah : 185)

Al- Quran merupakan mukjizat teragung RASULULLAH SAW. Dan ianya merupakan petunjuk bagi seluruh manusia sehingga hari Kiamat. Al-Quran adalah penawar bagi hati orang-orang yang beriman. Bersempena di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran. Imam Syafie RA, beliau telah mengkhatamkan Al-Quran di dalam Ramadhan sebanyak 2 kali sehari di waktu pagi dan petang. Justeru itu, marilah sama-sama kita berusaha menghabiskan bacaan Al-Quran secara individu mahupun secara bertadarus, menghkatamkan Al-Quran sekali dalam bulan ini.insyaALLAH. Sebagai orang mukmin yang sentiasa mengharapkan kebaikkan dan pahala serta memperbaiki segala kekurangan, maka rebutlah peluang yang telah disediakan oleh ALLAH di bulan Ramadhan ini untuk memeprolehi ganjaran yang telah disediakan.

Friday, August 14, 2009

taubat sebelum mati...

عن عبد الله بن مسعود رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال : الندم توبة

Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda: “ Penyesalan adalah taubat”. (Riwayat Ibnu Majah)

TAUBAT ialah memohon kempunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa yang telah dilakukan oleh seseorang hamba dan berazam untuk tidak mengulangi segala kesalahan dengan bersungguh-sungguh disertai penyesalan yang benar-benar ikhlas kerana ALLAH SWT.

Setiap manusia tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan, apabila manusia berbuat dosa dengan tidak sengaja mahupun sengaja maka ianya tidak akan terbebas daripada dosa tersebut melainkan dengan TAUBAT. ALLAH SWT sangat cinta kepada TAUBAT hamba-hambaNYA

Dosa merupakan belenggu yang meresahkan bagi setiap manusia lebih-lebih lagi mereka yang memiliki keimanan, ketika iman meningkat kita sentiasa terpelihara daripada dosa, namun ketika ianya sedang menurun, kita sering terjatuh ke dalam dosa kerana lemahnya keimanan kita kepada ALLAH SWT.

Mengapa kita perlu BERTAUBAT? Berapa banyak? Sampai bila? Dan untuk apa? Jawapannya ialah MATI kerana IANYA tidak mengenal siapa, bila dan di mana,MATI yang paling ditakuti ialah mati sebelum sempat bertaubat, MATI dalam keadaan membawa dosa terhadap ALLAH dan manusia, MATI sebelum sempat membawa bekalan yang cukup, MATI tiba-tiba, tanpa disangka...NAUZUBILLAH..

TAUBAT dan MATI sematkan dihati agar bahagia menanti diakhirat yang abadi..

WALLAHU’ALAM

*** Barangsiapa yang berfikir nescaya dia akan mengetahui

Thursday, June 11, 2009

saling mengasihi...

جرير بن عبد الله البجلى رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: من لا يرحم الناس لم يرحمه الله عز وجل

Daripada Jarir Bin Abdullah RA, Nabi SAW bersabda: “ Sesiapa yang tidak mengasihani manusia, nescaya ALLAH AZZAWAJALLA tidak akan mengasihinya.” (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Ulasan Hadis :
ALLAH SWT tidak akan mengasihi kita, jika kita tidak ada rasa kasih terhadap manusia, andai hilang rasa kasih kita terhadap manusia maka itulah tanda ALLAH juga tidak kasih pada kita. NAUZUBILLAH, maka jadilah kita seorang yang susah dalam berbuat baik kepada orang lain, dan berat hendak menerima kebaikkan.

Perasaan kasih sayang yang dicampakkan oleh ALLAH bukanlah sesuatu yang boleh direka cipta oleh kita, ianya adalah anugerahNYA yang MAHA SUCI terhadap hati hamba-hambaNYA yang memiliki sifat rahim(penyanyang).

Kita perlulah merasa kasih terhadap semua makhluk ALLAH, tidak mengira sesiapa sahaja, sebagai lumrah dan adatnya, kita ingin dikasihi, akan tetapi bagaimanalah kita akan dikasihi sekiranya di hati kita tidak ada perasaan kasih terhadap manusia. Begitulah juga ALLAH, malah lebih lagi, kasih kita berbalas olehNYA.

Sebaliknya yang berlaku, manusia hanya ada rasa kasih kepada kaum keluarganya, sanak saudara, kepada mereka yang dikenali sahaja, manakala mereka yang tidak dikenali, kita tidak pernah ada rasa kasih, sehingga berlakulah sikap “aku adalah aku, dan engkau adalah engkau”, sedangkan Nabi telah mengajarkan kepada kita melalui kalamNya, agar mengasihi saudara kamu seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.

Betapa nikmat dan indahnya jika kita dapat merasai nikmat rasa mengasihi sekian manusia, lebih-lebih lagi kita semua adalah ummat Muhammad. Berat menanggung kasihkan saudara seagama hingga boleh menitiskan aimata jika sekiranya mereka ditimpa musibah, penderitaan, keburukkan, malah dosa yang ditanggungnya jua kita sedih jika sekiranya berlaku serta inginkan kebaikkan terhadapnya.

Seorang ULAMA IMAM SYA’RANI, berkata di dalam kitabNya; “ Aku merasa kasih kepada semua manusia, hingga aku ingin menanggung segala tanggungjawab mereka sekiranya aku mampu”.

Tanda ALLAH mengasihi kita, apabila manusia mengasihi kita, dan tanda manusia mengasihi kita ialah apabila kita mengasihi mereka….semuanya kerana ALLAH.